14 April 2012

Rakyat Mesir Menentang bekas pegawai tinggi Husni Mubarak pegang jawatan politik

Ribuan warga muslim di Mesir hadir di Tahrir Square untuk melakukan tunjuk perasaan menentang ahli rejim Mubarak yang pernah berkuasa untuk memasuki semula kawasan politik pada hari Jumaat 13 April.

"Suleiman, apakah anda fikir ini adalah peristiwa  masa lalu?" jerit para penunjuk perasaan yang  berkumpul di Tahrir Square, tempat lahir revolusi yang menjatuhkan Mubarak dari kekuasaan pada tahun lalu, demikian laporan Reuters.

Protes di Tahrir Square, pusat bandar Kaherah, diseru oleh Ikhwanul Muslimin dan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Protes yang  sama juga dilakukan di Iskandariah.

Mereka tidak mahu Omar Sulaiman, bekas ketua badan dan perisikan pada masa kerajaan Husni Mubarak yang sempat menjadi wakil presiden pada saat-saat terakhir regim Mubarak dijatuhkan.

Parlimen Mesir kelmarin bersetuju undang-undang yang melarang pegawai tinggi pada masa kerajaan Husni Mubarak memegang jawatan tertinggi politik selama 10 tahun. Namun demikian, undang-undang tersebut belum diluluskan oleh Mahkamah tertinggi tentera Mesir yang masih berkuasa.

0 comments:

Post a Comment