5 April 2012

Pemenang Hadiah Nobel Antarabangsa sudah bosan dengan lakonan Barat

German telah memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan di mana Gunter Grass telah menyatakan Israel adalah ancaman kepada keamanan dunia. Dia turut mengecam kemunafikan Barat atas isu senjata nuklear Tel Aviv.

Dalam sebuah artikel yang menimbulkan kontroversi berjudul "Apa yang Harus Dikatakan" yang telah diterbitkan oleh surat khabar German Zeitung Süddeutsche pada hari Rabu, Grass menyatakan kebimbangan atas kesan dari rancangan Israel untuk menyerang Iran dan penjajahan ke atas Palestin.

"Kenapa saya baru mengatakan sekarang bahawa negara nuklear Israel membahayakan keamanan dunia ? Kerana itu harus diperkatakan, yang mungkin akan terlambat jika dikatakan esok," kata Grass.

"Kita boleh menjadi pembekal untuk kejahatan yang dilakukan, tetapi mengapa tidak ada alasan yang akan memadamnya," tulis Grass, merujuk pada rencana German untuk menjual kapal selam bertenaga nuklear kepada Israel.

"Aku tak akan diam lagi, kerana aku sudah bosan dengan lakonan-lakonan Barat," tambah Grass.

Sebelum ini, tiga kapal selam Dolphin tersebut telah diserahkan ke Israel di antara tahun 1998 dan 2000 . Pada tahun 2006, Israel menempah kapal selam keempat dan kelima. Kapal selam keempat akan diserahkan ke Israel pada tahun 2013 akan datang. Sementara kapal selam kelima dan keenam akan diserahkan pada tahun 2014.

Israel adalah satu-satunya pemilik senjata nuklear di Timur Tengah dan tidak pernah membolehkan pemeriksaan atas kemudahan nuklearnya dan juga tidak bergabung dengan Perjanjian Non-Proliferasi (NPT) mengikut Dasar ambiguiti nuklear.

Menurut tinjauan yang dilakukan pada tahun 2011 oleh pertubuhan-pertubuhan Friedrich Ebert Foundation yang berpusat di Berlin, German, lebih dari 50 peratus warga Eropah yakin bahawa Israel merupakan pengancam yang paling serius untuk keselamatan antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment