11 April 2012

Mufti Wahabi Arab Saudi dikecam oleh Imam Besar Turki

Seorang Imam besar di Turki mengecam keras Mufti Saudi yang menyeru "kemusnahan kepada semua gereja" di kawasan Teluk. Imam Turki itu menyatakan bahawa seruan Mufti Saudi tersebut bertentangan dengan ajaran agama Islam .

Seperti dilaporkan oleh media Turki Todays Zaman, Mehmet Gormez Ketua Direktorat Agama mengatakan, dia tidak dapat menerima fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdulaziz. Mehmet menambah bahawa pernyataan mufti Saudi itu bertentangan dengan ajaran Islam yang bersikap lebih bertoleransi dan kebebasan milik agama lain.
 
Mehmet menekankan bahawa Islam selalu menghormati kebebasan beragama. "Pendapat dari mufti besar Saudi jelas bertentangan dengan perjanjian yang pernah disepakati bersama antara Nabi Muhammad dengan masyarakat non-Muslim baik di Madinah dan di sekitar daerahnya. Fatwa mufti itu jelas mengabaikan hak asasi yang diberikan oleh Islam terhadap tempat suci atau kuil agama lain, mengikut undang-undang sejarahnya, "jelas Mehmet GOrmez.

Fatwa Hancurkan Gereja di Teluk

Sebelum ini, Mufti Agung Saudi Sheikh Abduaziz dilaporkan membuat kenyataan dalam sebuah pertemuan dengan komuniti Masyarakat Kebangkitan Warisan Islam yang berpusat di Kuwait. Komuniti itu bertanya kepada Sheikh tentang hukum membangunkan gereja di negara-negara Muslim. Pada bulan Mac lalu, Sheikh Abdulaziz al Shaikh menyatakan bahawa membangunkan gereja patut dihalang daan tempat  ibadat kaum Kristian yang ada patut dihancurkan.

Mehmet Gormez mengecam keras fatwa Sheikh Abdulaziz al Shaikh dan mencabar mengenai hal tersebut dalam prinsip-prinsip yang telah ditetapkan dalam Islam. Mehmet Gormez yakin jika fatwa Sheikh Abdulaziz al Shaikh itu amat bertentangan dengan tradisi Muslim yang sangat menghormati hak-hak non-Muslim juga.

0 comments:

Post a Comment