27 April 2012

Laman Web rasmi Taliban di Hack

Hacker tak dikenali dilaporkan berjaya merosakkan laman rasmi Taliban di Afghanistan. Hacker tersebut menukar berbagai gambar kemenangan dan hasil pelaksanaan pejuang Taliban yang biasanya mereka paparkan di laman Al Emarah yang mempunyai tiga bahasa, Inggeris, Arab dan Pastho.

Jurucakap Taliban Zabihuallah Mujahid mengatakan kepada agensi berita Reuters, bahawa laman web Al Emarah telah diserang sebanyak dua kali pada tarikh 26 April. Kepada Reuters, jurucakap Taliban ini juga menuding badan perisikan Barat yang melakukan kerosakan terhadap websitenya.

Sementara itu, dipetik dari Radio Free Europe Radio Liberty (RFERL) juru bicara NATO menolak untuk mengulas tuduhan Zabihuallah Mujahid tersebut.

Seorang hacker yang tidak meninggalkan jejak itu menukar gambar-gambar kemenangan Taliban dengan gambar seorang wanita yang dihukum mati Taliban. Selain gambar itu, hacker tersebut juga memasukkan mesej berbahasa Inggeris yang mengecam pembunuhan orang tidak berdosa.


Dalam beberapa bulan terakhir, Taliban telah melancarkan perang maklumat dengan mengulang-ulang menyebutkan jumlah kematian tentera NATO di Afghanistan, termasuk menyebarkan mesej-mesej anti-kerajaan Karzai melalui SMS dan rangkaian sosial Twitter.

0 comments:

Post a Comment