15 April 2012

Kehebatan Taliban berjaya bebaskan 400 tahanan dari penjara

Kira-kira 400 orang banduan, termasuk puluhan anggota Taliban melarikan diri dari penjara bandar Bannu  berhampiran kawasan suku Khyber dan Orakzai, Pakistan barat laut, Ahad (15/4) pagi, dilaporkan BBC.Co.UK.

Sekitar 150 orang anggota Taliban Pakistan menggunakan senapang mesin dan bom tangan bagi menyerang penjara ini pada pukul 1.00 pagi waktu tempatan.

Dengan kelengkapan senjata dan jumlah orang yang lebih banyak dengan mudah mengalahkan pengawal dan kemudian memasuki penjara serta membebaskan tahanan sebelum bantuan pasukan keselamatan datang.

"Kira-kira 384 orang tahanan melarikan diri, termasuk para tahanan militan radikal," kata seorang pegawai keselamatan tempatan kepada AFP.

Jumlah keseluruhan tahanan di penjara Bannu ini adalah seramai  944 orang. Dan jumlah besar tahanan dari kumpulan militan baru saja dipindahkan dari penjara Kohat dan Lakki Marwat.


Di antara tahanan yang melarikan diri salah satunya adalah bekas anggota Tentera Udara Pakistan yang tengah menunggu persidangan di Mahkamah Agung setelah dijatuhi hukuman mati kerana menyerang bekas Presiden Pervez Musharraf.

Taliban mencabar serangan

Kumpulan Taliban Pakistan mengaku bertanggung jawab atas serangan itu, namun setakat ini tuntutan tersebut belum dapat disahkan.

"Kami telah membebaskan beratus-ratus rakan kami di Bannu. Beberapa orang telah mencapai tujuan mereka, sebahagian yang lain masih dalam perjalanan," kata jurucakap Taliban seperti dikutip Reuters.

Seorang pegawai kanan polis Bannu Iftikhar Khan melaporkan  kepada AFP mengatakan sekurang-kurangnya tiga orang polis cedera dalam serangan selama dua jam itu.

Wilayah di sempadan Pakistan dan Afghanistan merupakan kubu terkuat kumpulan Taliban di Pakistan dan kumpulan-kumpulan militan Islam yang lain.

0 comments:

Post a Comment