27 April 2012

Kali ini Pelawak Mesir pula ditangkap kerana hina Islam

Jika di Pakistan seorang pelawak diculik kerana sering menghina gerila Taliban (Baca artikel "Akibat buat lawak sindir Taliban, Akhirnya diculik Taliban"). Maka di Mesir ada pelawak yang diseret ke muka pengadilan atas dakwaan menghina Islam.

Pelawak bernama Adel Imam telah dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan denda sebanyak 170 US Dollar Amerika seperti dilaporkan AP pada 
hari selasa 24/04 yang lalu. Adel Imam divonis bersalah telah menghina Islam atas peranannya dalam sebuah filem berjudul "Keganasan dan Kebab", di mana ia memainkan peranan seorang pengganas buruan yang melarikan diri bersama keluarganya yang kelas pertengahan.

Pelakon dan pelawak ini juga didapati bersalah atas kesalahannya dalam sebuah filem pada tahun 2007 "Morgan Ahmed Morgan", di mana ia memainkan peranan sebagai seorang pengusaha rasuah yang cuba membeli ijazah di sebuah universiti. Filem tersebut mempamerkah watak seorang lelaki Muslim berjanggut yang mengenakan pakaian tradisional Islam.

Atas vonis tersebut, Adel Imam yang kini berusia 71 tahun akan mengemukakan rayuan. Atas hukuman seperti ini, para penulis, pengarah dan pelakon akan mengambil pengajaran dan berfikir dua kali sebelum memainkan peranan kepada tokoh-tokoh Islam.

0 comments:

Post a Comment