16 April 2012

Apa yang Islam di Belanda lakukan sudah lama berlaku di Kelantan

Kesungguhan Islam di Belanda dalam menegakkan nilai Islam patut kita contohi. Terutamanya yang berlaku baru-baru ini di bandar Utrehct, di mana mereka menutup beberapa iklan yang memaparkan wanita separuh bogel dengan poster dan iklan-iklan yang tidak bermoral.

Laman berita Belanda Radio RNW menulis apa yang dilakukan Islam ini sebagai "keperihatinan  Islam", di mana ramai yang tidak setuju dan ramai pula yang terkejut kerana hal ini belum pernah dilakukan sebelum ini.

Di daerah Kanaleneiland, wilayah majoriti Islam di bandar Utrecht, sebuah iklan pembukaan muzium telah menampilkan wanita separuh bogel tiba-tiba ditutupi dengan sebuah kain hitam. Selain ditutup kain, juga terdapat mesej "La ilaha Illallah - Tidak Boleh Ada Iklan Seksual di Penempatan Kami." Selain itu juga terdapat mesej "Bangkit dan Lawan Hal ini Untuk Melindungi Anak-anak Kami!"

0 comments:

Post a Comment