28 April 2012

Google bekerja sama menghalang ekstremisme dunia

Dari Perjuangan Islam hingga ke neo-Nazi. Lebih dari seribu bekas "militan Islam" bergabung dalam sebuah rangkaian talian yang disokong Google untuk menghalang keganasan. Rangkaian ini menggunakan nama Against Violent Extrimism (AVE) atau gerakan Melawan Keganasan Ekstrimisme, seperti dilaporkan media Rusia RT.COM.

Menurut petikan kumpulan ini disebut, "para bekas ekstrimis dan korban keganasan ekstremisme diberi kuasa untuk bekerja sama menghalang ekstremisme dan mencegah pengambilan para pemuda".

Ideanya mudah, baik para mangsa dan pelaku serangan ekstremisme boleh menghentikan orang lain dari menyebarkan idea-idea keganasan. Rangkaian ini mengatakan "menggunakan teknologi untuk saling berkaitan, saling bertukar maklumat, dan menghalang pengaruh segala bentuk ekstremisme keganasan, baik keganasan oleh kumpulan kiri (sosialis), kanan ekstrim, rangkaian Al Qaeda dan kumpulannya.

Organisasi AVE ini berharap dapat menggunakan website dan rangkaian Youtube, sehingga para anggotanya boleh terus berhubungan, berkongsi idea, bekerjasama mencari rakan kongsi dan menyebarkan mesej mereka ke khalayak ramai.
 
Idea untuk membentuk rangkaian ini pertama kali dihasilkan pada saat acara Sidang Kemuncak Melawan Keganasan Ekstrimisme 2011 yang diadakan oleh Google Ideas. Google memutuskan untuk membiayai program AVE ini selama sekurang-kurangnya dua tahun.

0 comments:

Post a Comment