1 April 2012

AS mahukan imam kelahiran sendiri untuk menarik generasi muda ke masjid

Muslim kelahiran AS semakin mengambil peranan kepimpinan dalam masjid, menawarkan generasi baru imam yang membimbing generasi muda era selepas serangan 9 September.

"Orang-orang ini adalah orang yang tahu budaya, yang tahu bagaimana makan burger dan tahu main baseball," kata Mustafa Kuko, lelaki kelahiran Sudan, imam Islamic Center Riverside, pada Standard Examiner awal minggu ini sambil ketawa.

Menjadi imam dari Riverside Islamic Center di California pada 1998, adalah kira-kira 2 peratus daripada mereka yang menghadiri masjid dilahirkan di AS, Kuko, 63 tahun, menceritakan ketika itu.

Ketika ini, kira-kira 15 peratus, dan jumlahnya terus meningkat. Namun, ia melihat bahawa imam muda kelahiran AS akan lebih baik untuk umat Islam daripada orang asing sepertinya.

Imam Mohamed Mabrouk, baru berusia 21 tahun dari Pusat Islam Temecula Valley di California, adalah contoh yang baik dari generasi baru muslim yang menjadi imam.

Pelantikannya bulan lalu memberi tanda yang jelas dari sebuah komuniti Islam mengenai perubahan yang mendadak dengan pemuda Islam kelahiran AS semakin mengambil peranan kepimpinan.

Masjid Murrieta juga menunjuk imam kelahiran AS baru-baru ini setelah imam kelahiran Syria Mahmoud Harmoush menolak untuk melanjutkan kontraknya pada bulan November.

Hadi Nael, 57, ketua masjid Murrieta, mengatakan masjid membuat rancangan untuk mendidik generasi muda dan kelahiran Amerika untuk jadi imam.

"Imam baru diperlukan untuk menarik kaum muda komuniti ini kerana generasi masa depan akan memimpin komuniti ini," kata Nael.

Amerika Syarikat adalah rumah bagi minoriti Islam yang dianggarkan tujuh hingga lapan juta.

Era selepas 9 September

Menjadi akrab dengan masalah spesifik yang dihadapi umat Islam selepas 9 September, imam kelahiran AS didesak untuk membimbing pemuda melalui cabaran Islamphobia.

"Ini membantu anak muda mengembangkan identiti Islam-Amerika - bukan hanya sebuah identiti Islam dan bukan hanya sebuah identiti Amerika, tapi identiti Islam-Amerika," Munira Syeda, jurucakap pejabat Los Angeles dari Dewan Hubungan Amerika-Islam (CAIR).

Menghadapi prasangka dan salah faham, Islam AS memerlukan imam yang memahami budaya Amerika dan cabaran itu untuk masyarakat Muslim, Syeda menambah.

Syeda mengatakan bahawa penduduk Islam kelahiran Amerika yang pesat menjadi modal penting bagi pengambilan imam.

Muhamad Ali, pembantu profesor kajian agama di UC Riverside, sepakat dengan pentingnya generasi baru Islam di Amerika untuk jadi imam bagi kalangan mereka sendiri. Dia menambah bahawa para imam asing mempunyai sedikit pengetahuan mengenai budaya masyarakat Amerika.
   

0 comments:

Post a Comment