19 April 2012

Arab Saudi desak Amerika Supaya Serang Iran

Raja Arab Saudi Abdullah berulangkali mendesak Amerika Syarikat menyerang program nuklear Iran, sementara China dilaporkan melancarkan serangan "cyber" terhadap Amerika Syarikat.

Dua fakta itu terungkap sebagai pesanan rahsia melalui kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dikeluarkan hari ini dan menandakan kebongkaran hubungan diplomatik yang memalukan dalam sejarah diplomasi AS, laporan Reuters, pada Isnin lalu.

Lebih dari 250 ribu dokumen yang dibongkarkan oleh lima kumpulan media dari laman WikiLeaks, mengungkap rahsia para pemimpin dunia dan maklumat sensitif mengenai keganasan dan penyebaran senjata nuklear yang didokumentasikan oleh para diplomat AS di luar negeri, lapor New York Times.

Di antara pembongkaran dokumen yang diwartakan oleh harian Britain yang juga dihantar dokumen-dokumen rahsia ini, The Guardian, menyebutkan bahawa Raja Abdullah melaporkan "kerap kali mendesak AS menyerang Iran demi menamatkan program senjata nuklearnya."

"Potong kepala ular!," Kata Duta Besar Saudi kepada Washington, Adel al-Jubeir, mengutip perkataan Raja Abdullah, seperti bunyi laporan hasil pertemuan Raja Abdullah dengan Jeneral David Petraeus pada April 2008.

Dokumen-dokumen bocor yang sebahagian besarnya dari masa tiga tahun terakhir itu, juga menerangkan tuduhan AS bahawa Politbiro Parti Komunis China menggelar serangan gangguan terhadap sistem komputer Google, sebagai sebahagian daripada kempen lebih luas yang diselaraskan untuk mensabotaj sistem komputer yang dilakukan oleh para agen rahsia China , pakar keselamatan swasta, dan penjahat Internet outlaws, demikian laporan  The Times.

Surat khabar terkemuka AS itu juga mengatakan bahawa dokumen-dokumen itu menyebutkan para penyumbang Saudi tetap menjadi penyumbang utama kumpulan-kumpulan Alqaeda.

Dokumen itu menyebut negeri kecil di Teluk Parsi, Qatar, yang menjadi tempat di mana tentera AS berpangkalan selama bertahun-tahun, adalah negara terteruk dalam melangsungkan kempen anti keganasan di kawasan itu, begitu laporan pejabat diplomatik Kementerian Luar Negeri AS Disember lalu.

Suratkabar itu menyatakan banyak dari pejabat diplomatik AS itu menyebutkan sumber-sumber rahsia para diplomat AS, dari anggota perundangan asing dan pegawai tentera sampai kumpulan hak asasi manusia dan wartawan, dengan seringkali memberi peringatan berikut: "Please protect" (Lindungi dia) atau "Strictly protect" (Sangat dilindungi).

0 comments:

Post a Comment