18 April 2012

Arab Saudi adalah pengkhianat Islam yang sebenar

Mengapa para pegawai Arab Saudi berdiam diri di saat tentera Israel melakukan kebiadabannya dalam perjanjian rahsia Arab Saudi dan Israel iaitu masalah projek jambatan dari pulau Tiran? Lebih-lebih lagi setelah sejumlah pengkaji menyatakan adanya sumber minyak di pulau Tiran dan Sanafir.

Negara-negara Arab hingga kini tetap berdiam diri ketika menjalankan propaganda strategi asing berkaitan kunjungan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad ke pulau Abu Musa, Iran, Teluk Parsi. Keterangannya jelas, sebab para pemimpin Arab tetap berdiam diri dan mengunci mulutnya mengenai pendudukan Israel atas kepulauan Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi.

Sementara itu berkaitan tiga pulau milik Iran, enam negara Teluk Arab akan bermesyuarat di ibu kota Saudi, Riyadh,bagi membahas pemilikan ketiga-tiga pulau yang dituntut oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Gulf News Jumaat, 13/04/12 lalu.

Para menteri luar negeri dari anggota Dewan Kerja sama Teluk (GCC), iaitu Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, UAE dan Oman, telah bersidang pada Rabu 18/04/12 semalam untuk persidangan kecemasan bagi menentukan strategi bersama berkaitan dengan Iran.

Menurut laporan itu, Setiausaha Agung GCC Abdul Latif Al Zayani mengecam perjalanan Ahmadinejad itu sebagai "kesalahan yang jelas atas kedaulatan UAE" dan "tidak selaras dengan undang-undang GCC bagi menjaga hubungan baik dengan Iran."

Hebatnya mereka. Soal kepulauan milik Iran, mereka bersatu menempatkan Iran, namun kenyataannya Arab Saudi dan para pemimpin Arab , tidak pernah mempertikaikan dua pulau; Tiran dan Sanafir yang sehingga kini tetap diduduki oleh Rejim Zionis Israel.

Sejarahnya, pasukan Israel telah  menduduki kedua-dua pulau tersebut sejak tahun 1967 tetapi raja Saudi tidak pernah mempersoalkan atau bersuara merebut kembali kedua wilayah yang diduduki oleh Israel tersebut.

Dua pulau tersebut awalnya disewakan oleh Saudi Arabia kepada Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser, untuk keperluan rawatan dalam Perang Enam Hari tahun 1967 dengan pasukan Israel. Namun, pulau-pulau tersebut dijajah oleh tentera Tel Aviv sejak Mesir mengalami kekalahan.

Peliknya, Emiriah Arab Bersatu tanpa mempunyai bukti yang kuat dan mendakwa tiga pulau Abu Musa, Tunb Kecil dan Tunb Besar sebagai miliknya. Bahkan Emiriah Arab Bersatu mengambil kesempatan ke atas isu Arab dan propaganda antarabangsa untuk mengambil ketiga-tiga pulau ini.

Desakan Pulau Tiran dan Sanafir 

Pelabuhan Elat yang terletak di Teluk Aqabah sangat strategik bagi Rejim Zionis Israel, kerana sebahagian besar aktiviti eksport dan import rejim Zionis dilakukakan melalui pelabuhan ini. Pelabuhan Elat menjadi penghubung antara Israel dengan pantai timur dan selatan Afrika serta negara-negara selatan dan barat daya Asia.

Pelabuhan ini dihubungkan dengan pelabuhan Asqalan pantai timur Laut Mediterranean melalui jalur paip minyak dan pusat darat. Dengan memiliki pelabuhan ini, Israel sudah tidak lagi memerlukan Terusan Suez, dan kenyataannya menunjukkan betapa strategiknya pelabuhan Elat bagi rejim penjajah ini.

Namun apakah satu-satunya jalur hubungan Israel dengan laut melalui Selat Tiran?

Selat Tiran adalah pulau yang menghubungkan Teluk Aqabah dengan Laut Merah. Selat Aqabah adalah pulau Tiran dan Sanafir. Bekas Duta Besar Rejim Zionis Israel  di Amerika Ishaq Rabin pernah mengatakan, "Pulau Tiran dan Sanafir sangat strategik. Pertikaian tiga orang bersenjata saja mampu menutup selat ini. "

Sebegitu strategiknya selat ini hingga ramai pemerhati menilai salah satu pencetus perang Arab-Israel pada tahun 1967 adalah sikap Mesir menutup selat ini bagi tentera laut Israel.

Kronologi Sejarah Desakan Pulau Tiran dan Sanafir
 
Pada tahun 1949 Mesir menutup Terusan Suez untuk kapal-kapal Rejim Zionis Israel. Sikap Mesir ini secara automatik mengangkat kedudukan Pelabuhan Elat menjadi sangat strategik bagi Israel. Kerana dengan penutupan Terusan Suez tanpa memiliki pelabuhan tersebut,bererti kapal-kapal dagang rejim Israel setelah melakukan transaksi untuk kembali ke asalnya, harus merentasi Afrika Selatan terlebih dahulu.

Pada tarikh 13 September 1955, Mesir mengeluarkan peraturan bagi kapal-kapal yang ingin melalui Teluk Aqabah harus mendapat izin negaranya. Sebaliknya, Israel melihat halangan dalam usahanya untuk merentasi laut atau tidak.

Saat Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir memajukan Terusan Suez, negara-negara Perancis, Britain dan Rejim Zionis Israel menyerang Mesir. Hasil dari peperangan ini adalah tercetusnya keinginan Rejim Zionis Israel dengan pembukaan kembali Selat Tiran dan menempatkan pasukan antarabangsa di Teluk Aqabah dan Gurun Sina.

Pulau Sanafir untuk pertama kalinya diduduki Rejim Zionis Israel ketika peperangan tahun 1956 selama 10 bulan. Sebelum perang tahun 1967 Mesir menyewa pulau ini dari Arab Saudi dengan tujuan menutup Selat Tiran untuk  kapal Israel. Namun setelah peperangan, pulau ini menjadi jajahan Israel.

Sebelum terjadi perang, Mesir menuntut penarikan pasukan perdamaian PBB dari garis gencatan senjata dengan Israel. Pasukan perdamaian PBB pada tarikh 23 Mei 1967 menarik pasukannya dari sana. Mesir tetap menutup Selat Tiran bagi pasukan kapal Rejim Zionis Israel.

Pendudukan haram Pelabuhan Elat di kawasan Umm Al-Rashrash oleh Rejim Zionis Israel setelah gencatan senjata tahun 1949, keluasan Teluk Aqabah lebih banyak dimiliki oleh Mesir dan keyakinan negara ini bahawa Selat Tiran bukan kawasan Israel serta tidak menjadi alasan Mesir untuk menutup selat ini.

Langkah yang dilakukan Mesir menunjukkan negara ini telah siap untuk melakukan perang bagi menentukan dengan Rejim Zionis Israel. Namun Rejim Zionis Israel mendahului Mesir dengan lampu hijau yang diberikan oleh Amerika, dipagi hari tarikh 5 Jun 1967 telah mengebom 9 lapangan terbang Mesir selama 3 jam dan setiap kali selama 10 minit.

Pasukan darat rejim ini di siang hari itu juga telah menyerang sempadan Mesir dan kemudian bergerak maju mendekati terusan Suez. Pagi hari kedua perang (6 Jun), Panglima Tertinggi Tentera Mesir Abdul Hakim Amir memerintahkan pasukannya akan berundur dari Gurun Sina. Berikutan perintah ini, Mesir pada tarikh 7 Jun menerima perang diberhentikan dan memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB, sementara tentera Israel pada tarikh 8 Jun tengah berusaha untuk menduduki Gurun Sina secara keseluruhan.

Ada sejumlah pencapaian Rejim Zionis Israel setelah berakhirnya perang ke-3 tahun 1967 antara Arab dan Israel. Hasil-hasil itu sebagaimana berikut:

1. Rejim Zionis Israel tetap menguasai dan menduduki daerah-daerah seperti Tebing Barat Sungai Jordan, Jalur Gaza, Gurun Sina milik Mesir, Dataran Tinggi Golan milik Syria dan pulau Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi;

2. Sekitar 330 ribu warga Palestin menjadi pelarian;

3. Rejim Zionis Israel menguasai sumber air Sungai Jordan dan Selat Tiran dan Teluk Aqabah terbuka bagi tentera kapal rejim ini;

4. Rejim Zionis Israel telah berjaya mewujudkan satu garis pertahanan baru yang strategik untuk menghadapi serangan asing;

5. Sejumlah daerah telah diduduki Rejim Zionis Israel. Selepas ini matlamat Arab hanya berusaha untuk mengembalikan tanah-tanah yang telah diduduki baik tahun 1948 atau 1967;

6. Kekuatan tentera Mesir, Jordan dan Syria telah hancur;

7. Ketidakmampuan para pemimpin Arab, ketidaksepaduan dan ketidakseriusan mereka untuk membebaskan Palestin semakin jelas;

8. Peperangan Palestin muncul dari hari ke hari semakin kuat. Berikutan ketidakmampuan dunia Arab, bangsa Palestin berusaha sendiri dengan melakukan pelbagai cara untuk membebaskan tanah airnya.

Peperangan pada tahun 1967 bukan berakhirnya permusuhan Arab-Israel. Kerana pada tahun 1973 perang kembali terjadi apabila terjadinya Perjanjian memalukan Camp David yang ditandatangani oleh Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Rejim Zionis Israel Menachem Begin pada tarikh 17 September 1978. Dalam perundingan itu tidak disebutkan mengenai pulau-pulau milik Arab Saudi dan kawasan Umm Ar-Rashrash milik Mesir sebelum perang 1967 yang diduduki Rejim Zionis Israel.

Pengkhiatan Arab Saudi atas matlamat Palestin dan Umat Islam

Diperhatikan kronologi pendudukan pulau Tiran dan Sanafir milik Arab Saudi oleh Rejim Zionis Israel dan berdiam dirinya pemerintah Arab Saudi atas kenyataan ini menimbulkan pelbagai soalan. Apakah mungkin ada kesepakatan rahsia antara kerajaan Arab Saudi dan Rejim Zionis Israel?


Perlu diketahui bahawa setahun setengah sebelum terjadinya perang Gaza, Arab Saudi akan membina jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara ini dari Ra 's Al-Sheikh Hamid, Arab Saudi hingga Sharm Al-Sheikh, Mesir. Kenyataan ini pada ketika itu juga dipandang tegas oleh Rejim Zionis Israel. Tegasnya kenyataan Israel ini dapat dibaca dalam penulisan yang dimuatkan dalam Laman Debka bahawa pembinaan jambatan itu dapat mencetuskan perang yang lebih besar di Timur Tengah. Alasan perang tahun 1967 antara Arab dan Israel dibesar-besarkan agar para pegawai Arab Saudi akan menarik balik keputusannya itu.

Jambatan sepanjang 50 kilometer itu dijangka bernilai 3 bilion dolar dan dirancang akan siap selama tiga tahun. Hampir dua tahun dan peletakan batu pertama dilakukan, namun sehingga kini tidak ada maklumat baru mengenai kemajuan projek ini.

Tindakan kejam tentera Rejim Zionis Israel dan sikap berdiam diri Arab Saudi menyaksikan kebiadaban rejim ini membuat dunia bertanya-tanya. Kenapa pejabat Arab Saudi dan para pemimpin Arab membuat sikap berdiam diri ketika tentera Israel melakukan kebiadaban terhadap bangsa tertindas Palestin? Adakah ianya sebahagian daripada perjanjian rahsia Arab Saudi dan Israel dalam masalah projek jambatan pulau Tiran?

Lebih-lebih lagi setelah sejumlah pengkaji menyebut-nyebut adanya sumber minyak di pulau Tiran dan Sanafir.

Waktu itu jugalah yang akan menjawab apa sebenarnya di sebalik kemungkinan perjanjian rahsia antara pengkhianat dan munafik umat Islam dengan Rejim Zionis Israel.

Apabila menulis surat kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah, Pemimpin Besar Revolusi Islam, Ayatollah Al-Udzma Sayyid Ali Khamenei mengatakan; "Para pengkhianat Arab juga harus tahu bahawa nasib mereka tidak akan lebih baik daripada orang-orang Yahudi dalam perang Ahzab", sambil menyebut ayat ke-26 surat Al-Ahzab yang berbunyi, "dan dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan. 

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment