25 April 2012

Apa muslihat Israel hantar bantuan Kemanusiaan ke Syria ini?

Israel dilaporkan akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pengganas Syria Tentera Syria Bebas (FSA) untuk menghadapi kerajaan Presiden Bashar al-Assad sebagai sebahagian dari konspirasi terhadap Damsyik.

Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman tidak lama ini mendakwa, Tel Aviv akan menghantar bantuan atas apa yang dia sebut "tindak kekerasan pemerintah Syria."

Tuntutan Israel atas keprihatinan tentang keadaan Syria dipaparkan walaupun fakta membuktikan bahawa rejim Zionis juga terlibat mempersenjatai pemberontak didikan Barat dan negara Arab tertentu utamanya Arab Saudi dan Qatar. Dilaporkan, beberapa minggu lalu, sejumlah besar senjata buatan Israel disita kerajaan Damsyik dari kumpulan bersenjata sejak awal rusuhan di negara itu.

Berkaitan bantuan kemanusiaan tersebut, Syria menolak bentuk sokongan apapun kepada tentera Syria Bebas, kerana Damsyik meyakini bantuan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menggulingkan pemerintahan Assad.

Sementara itu, utusan khusus PBB dan Liga Arab, Kofi Annan meminta semua pihak yang terlibat dalam rusuhan Syria sepenuhnya melaksanakan enam mata rencana perdamaian yang bertujuan menamatkan keganasan di negara Arab itu.

Pada masa ini, terdapat 13 pemantau PBB di Syria yang mengawasi jalannya gencatan senjata yang mulai berlaku pada 12 April. Namun PBB akan menambah pemantau tersebut menjadi 300 orang dalam masa beberapa minggu akan datang.

Meskipun gencatan senjata dikuatkuasakan, namun para pemberontak bersenjata tetap kuat melakukan serangan dan pembunuhan pasukan keselamatan kerajaan dan orang awam.
    

0 comments:

Post a Comment