26 April 2012

Aktivis Islam di Kenya dibunuh Kejam

Islam Kenya sudah tidak percaya lagi dengan kerajaan mereka disebabkan kematian dua aktivis Islam, yang mana telah ditangkap oleh orang-orang kerajaan.

"Kami menuntut agar kerajaan Kenya akan melakukan penyiasatan ke atas penculikan dan pembunuhan aktivis Islam itu," kata Al-Amin Kimathi, ketua Forum Hak Asasi Manusia Muslim dalam siaran akhbar yang diperoleh OnIslam.net, pada Khamis 25 April lalu.

Menurut Al-Amin, dua aktivis Islam diculik oleh  pegawai polis dengan menggunakan teksi di bandar pelabuhan Mombasa.

"Samir Hashim Khan dan Mohamed Kassim Bekhit, yang berasingan berada di perhentian teksi wagon Toyota probox diculik setelah membuat kekacauan  kerana orang ramai berkumpul di sekitar tempat kejadian di siang hari pukul 11 pagi," katanya.

Undang-undang membantah penangkapan dua aktivis Islam tersebut ketika saudara-mara dan teman berusaha untuk bertanya tentang nasib mereka. Namun berita mengejutkan bagi kaum Muslim, kedua-dua aktivis itu kemudian ditemui mati.

Tubuh Khan telah ditemui di semak di jalan antara Mombasa dan Nairobi, bertempat di Taman Negara Tsavo.

Menurut Al-Amin, Khan pernah ditahan oleh unit polis anti-keganasan (anti-terrorism police unit / ATPU). Dia ditahan pada tahun 2010 dengan memiliki senjata berbahaya. Al Amin mengatakan bahawa kes Khan masih tertunda di Mombasa hingga akhirnya dia ditemui mati.

Mohamed Kassim Bekhit, seorang aktivis yang buta dari Kibera di Nairobi, juga telah ditemui mati selepas penculikannya, media Kenya melaporkan minggu lalu.

Sebelum penculikannya di Mombasa, Bekhit telah diculik tiga minggu lalu di luar Masjid Jamia Nairobi oleh lelaki yang mengheret dia ke kereta yang menunggu dan menghantarnya mengelilingi bandar dan bertanya kepadanya untuk pencurian kenderaan bermotor yang dikatakan padanya. Para penculik yang dipercayai sebagai sebahagian daripada operasi keselamatan negara kemudian membuang aktivis itu di pinggir bandar.

Muslim Human Rights Forum of Kenya (MHRF) telah meminta penjelasan dari pesuruhjaya polis dan unit anti-keganasan terhadap pembunuhan dua aktivis Islam tersebut. Islam Kenya menuduh kerajaan mereka menangkap dan menculik para pemimpin mereka.

Pada tahun 2010, kerajaan Kenya menangkap dan menghantar 13 orang Islam Kenya ke Uganda atas tuduhan bahawa mereka terlibat dalam serangan berani mati di ibu negara Kampala.

Sheikh Abdullahi Salat, dari Dewan Agung Muslim Kenya, mengatakan kerajaan Kenya keliru dalam 'membuang' rakyatnya ke negara lain.

Al-Amin sendiri juga ditangkap di Uganda dan dipenjara selama 10 bulan ketika ia cuba untuk campur tangan bagi mengetahui nasib Islam yang dibuang di Uganda.

Hampir sepuluh juta Islam di Kenya daripada penduduknya 36 juta. Islam membentuk hampir-hampir 98 peratus masyarakat di bahagian Utara Wilayah di wilayah timur.

0 comments:

Post a Comment