4 March 2012

Taliban bunuh tentera NATO dengan peluntur pakaian

Pejuang Taliban berjaya memasukan racun di dalam makanan pasukan tentera NATO di Afghanistan dengan "peluntur pakaian". Menurut tuntutan Taliban, mereka telah membunuh lima orang dengan cara mencampurkan racun ke dalam makanan.

Para pegawai NATO ISAF sendiri, seperti dilaporkan oleh Agensi Berita Rusia RT.COM sudah memerintahkan penyelidikan atas tuntutan racun "pemutih" tersebut. Penyelidikan mendapati bahawa pada buah-buahan dan kopi yang disediakan di kemudahan kantin NATO di pangkalan Torkham, di dekat sempadan Afghanistan-Pakistan terdapat "jejak pemutih" tersebut.

Pencemaran pemutih tersebut ditemui pada akhir minggu yang lalu, tetapi belum jelas apakah itu sengaja atau tidak, kata Kapten John Kirby, jurucakap Pentagon di Kabul.

Taliban pada Isnin lalu mengaku bahawa seorang tukang masak Afghanistan mencampur makanan di kantin NATO dengan racun dan berjaya membunuh lima orang tentera NATO.

Menurut Taliban, usaha meracuni makanan ini mereka lakukan masih sebagai pembalasan atas kes pembakaran Al-Quran yang dilakukan tentera NATO.

PBB sendiri memutuskan menarik seluruh kakitangan antarabangsanya dari Afghanistan utara setelah demonstrasi besar dengan kekerasan yang terjadi selama beberapa minggu akibat pembakaran Al-Quran.

0 comments:

Post a Comment