18 March 2012

Taliban serang pangkalan tentera udara terbesar AS

Pasukan Taliban telah melancarkan serangan peluru berpandu terhadap sebuah pangkalan udara AS di Afghanistan menyusul upaya pembunuhan yang gagal terhadap Menteri Pertahanan Amerika Syarikat Leon Panetta, Press TV melaporkan.

Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid mengatakan hari Jumaat yang lalu bahawa para militan menembak dua peluru berpandu ke pangkalan udara AS di Bagram pada awal hari. Dia mengatakan pasukan Amerika banyak yang terbunuh dalam serangan itu.

Pegawai tentera AS mengesahkan pangkalan udara diserang tapi tidak memberikan butiran lebih lanjut seperti pada jumlah korban yang ada.

Pangkalan udara Bagram adalah pangkalan tentera terbesar AS di Afghanistan terletak di Wilayah Parwan utara Kabul.

Pada hari Rabu Panetta dilaporkan mengelak dari serangan bom kereta yang dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang memandu kenderaan ke landasan tempat pesawat mendarat di pangkalan tentera Camp Bastion di Afghanistan.

Lawatan Panetta beberapa hari selepas seorang tentera AS membunuh lebih dari 16 orang awam Afghanistan dalam rumah mereka di wilayah Kandahar.

Pada akhir Februari tentera AS dalam pangkalan itu menimbulkan kemarahan di kalangan warga Afghanistan setelah mereka membakar mushaf Al-Quran yang dirampas dari para banduan di penjara Bagram.

Langkah ini mencetuskan protes di seluruh Afghanistan, di mana puluhan orang termasuk tentera AS terbunuh dalam peperangan dengan rakyat Afghanistan.

Pangkalan tersebut sering menjadi sasaran roket dan mortar Taliban membuktikan bahawa pihak taliban masih kuat untuk melakukan penentangan.

Pada tarikh 10 Mac Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan terhadap pangkalan AS mendakwa bahawa sejumlah tentera asing terbunuh dalam serangan itu.

Serangan itu terjadi selepas Amerika Syarikat akhirnya bersetuju untuk menyerahkan kawalan dari penjara Bagram terkenal kepada kerajaan Afghanistan dalam sebuah langkah untuk mengurangkan hubungan yang panas dengan kerajaan Afghanistan.

1 comment: