7 March 2012

Pak Imam baling kasut ke arah panel hakim

Seorang Imam, Hoslan Hussin hari ini dipanggil ke Mahkamah Persekutuan untuk menjelaskan tindakannya membaling kasut ke arah panel hakim berkenaan dalam satu insiden bulan lalu.

Hoslan, 46, berkata beliau telah menerima surat berkenaan hari ini, yang meminta beliau hadir ke mahkamah berkenaan pada pagi esok.

Beliau diminta menjelaskan sebab yang boleh menghalang Mahkamah Persekutuan daripada mengambil tindakan ke atas kesalahan "menghina mahkamah" itu, kata Hoslan yang membacakan surat berkenaan.

NONESurat itu juga menyebut, "(Hoslan) telah bertindak menghina mahkamah dengan membaling selipar ke arah panel hakim ketika mahkamah sedang bersidang."

Hoslan berkata, surat berkenaan diserahkan kepadanya oleh anggota polis ketika beliau pulang ke rumahnya di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Cochrane, Kuala Lumpur tengahari ini.

Ketika ditanya, Hoslan berkata "insya-Allah" beliau akan hadir ke mahkamah berkenaan pagi esok.

Bagaimanapun, Hoslan berkata beliau tetap akan mendapatkan pandangan daripada peguamnya terlebih dahulu, petang ini.

Dalam kejadian pada 22 Februari lalu, Hoslan membaling kasutnya ke arah panel hakim berkenaan selepas mahkamah itu menolak rayuannya berhubung satu kes melibatkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini, Hoslan menjelaskan bahawa tindakan tersebut dilakukannya sebagai tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."

Beliau turut menimbulkan semula dakwaan penyelewengan yang berlaku di Masjid ar-Rahimah, Kampung Pandan yang didakwa tidak mendapat perhatian.

NONEHoslan juga mendakwa, tindakannya yang sering menimbulkan dakwaan penyelewengan itulah yang menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya sebagai imam rawatib.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatan Hoslan di Masjid Ar-Rahimah pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu pada 22 Februari lalu.

P/S:  Apapun saya sokong pak imam ni kata "kehakiman negara sudah rosak". kalau kehakiman negara sudah rosak..... patut pun dia baling kasut!

0 comments:

Post a Comment