7 March 2012

Nak kahwin dengan warga asing tu cek dulu background dia

Gambar Hiasan
GEORGE TOWN — Biro Perkidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang ingin berkahwin dengan warganegara asing supaya mengenal pasti latar belakang terlebih dahulu bagi mengelakkan isu sosial.

Timbalan ketua biro itu, Lim Thoon Deong berkata, mereka perlu memastikan latar belakang sebelum perkahwinan kerana kebanyakkan warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan demi mendapatkan visa dan permit kerja.

"Ramai warga asing berkahwin dengan penduduk tempatan demi mendapatkan kemudahan seperti hak untuk tinggal di sini atau bekerja, dan ini mewujudkan banyak masalah sosial,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Thoon Deong berkata, biro MCA mengendalikan empat kes pasangan menghadapi masalah selepas berkahwin dengan warga asing melibatkan warganegara China, Vietnam dan Indonesia.

Dalam sidang akhbar itu,Thoon Deong berkata, biro MCA kini sedang mengesan kedudukan isteri Lee Chin Guan, 46, yang merupakan seorang warganegara China kerana ingin menyelesaikan masalah.

Chin Guan yang bekerja di Johor Baharu, ingin berjumpa dengan isterinya untuk berbincang mengenai proses penceraian kerana tidak sanggup lagi bertahan dengan masalah yang ditimbulkannya.

"Saya telah membuat dua laporan polis pada tahun lepas kerana saya ingin buat tuntutan perceraian dan tidak mahu bertanggungjawab atas dirinya lagi,” katanya.— BERNAMA

0 comments:

Post a Comment