9 March 2012

Lelaki ini ada 24 jari tangan dan kaki

Semua orang mempunyai jumlah keseluruhan 20 jari tangan dan kaki. Tetapi, tidak begitu pada Yoandri Hernandez, lelaki yang berasal dari Baracoa, Wilayah Guantanamo, Cuba. Dia mempunyai 24 jari - masing-masing mempunyai enam di tangan kanan dan kiri, juga kedua kakinya.

Walaupun demikian, Hernandez merasa bangga kerana mempunyai jari lebih. Dia bahkan mengatakan sebagai anugerah. Dia mengatakan jari itu membuatnya berbeza dan membuat dia boleh memanjat pokok kelapa dan memotong kelapa dengan cepat.

Dia kerap diminta bergambar bersama pelancong dengan bayaran US10 untuk satu gambar. Ini tentu rezeki. Katanya, gaji pekerja lombong emas pun paling banyak hanya US20 sebulan. Tetapi dia mendapat lebih daripada US100 sebulan.

Katanya lagi. Kelebihan saya mempunyai 24 jari, saya boleh mencari nafkah dengan berpendapatan lumayan setiap bulan walaupun saya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

1 comment:

  1. boleh jadi kaya dengan kelebihan yang tuhan bagi...Cacat tapi membanggakan... lebih baik cacat anggota daripada cacat akal fikiran... huhu

    ReplyDelete