8 March 2012

Celcom pedajal orang - luahan pengguna

Salam semua

saya terkejut 3 hari lepas datang posmen hantar 2 surat..rupa2nya bil dari celcom..dlmnya ada 2 bil 'pertama' setiap satu berjumlah RM78.40 x2 ..saya ingatkan bil saya...rupa2nya bila dibuka bil bagi anak saya yg masih belajar..

lalu saya jadi hairan dan terus talipon anak saya yg sedang belajar di UIA P.jaya sana menanyakan cerita 2 bil tersebut..lalu bila diceritakan..dia sendiri terkejut beruk...dan tak percaya...

kemudian dia bgtau bhwa hujung bulan Jan yg lepas mereka terserempak 2 promoter Celcom (berbaju celcom kebiru2an)di Central market semasa dlm perjalanan pulang ke hostel setelah ke sana bersama kawan2nya membeli brg keperluan..

katanya org celcom tersebut memg kempen 'power2' dan bgtau yg ini adalah pakej terkini yg lebih JIMAT MALAH' pakej percuma..tiada sebarang bayaran pun ...laLU BERIKAN 2 nombor (2 sim pack)..konon katanya satu shj yg nak digunakan.. satu lagi sekadar BACK- UP..?? kemudian katanya lagi JIKA TAK NAK GUNA bila2 BOLEH TERMINATE..

SAYA AMAT HAIRAN SBB ANAK SAYA BUKAN pernah deal benda2 pelik khasnya hal2 spt ni..selalunya dia akan minta izin lebih dulu...tmbah yg melibatkan wang ringgit.... kini dia menganggap dia dan rakannya yg juga alami perkara yg sama telah diperdayakan oleh 2 org promoter celcom tersebut..

bila ternyata menerima 2 bil serentak jumlah pun sama iaitu RM78.40 setiap satu dari 2 nombor tersebut...bermakna bukanlah hanya satu nombor shj digunakan dan yg satu lagi back up sebagai mana dikatakan promoter tersebut !!

walhal kedua2 sim tersebut belum pun digunakan lagi oleh anak saya yg sememangnya sudah hampir terlupa akan hal 2 sim kad perkara tersebut kerana dulu mereka menyangka ia adalah 'promosi kebajikan' CELCOM semata2..khasnya kpd palajar2 U...

malah pakej yg dikatakan percuma atau murah tersebut nyata adalah pakej postpaid yg lebih mahal dari yg saya bapanya sndiri gunakan..!! ada siap2 tahu dan punya idea...adakah ini kes tipu atau apa atau kesilapan teknik atau lumrah hidup yg harus dibiarkan ..??

0 comments:

Post a Comment