5 March 2012

Al Qaeda bunuh 60 tentera Yaman dan yang lainnya disembelih

Serangan Al Qaeda Yaman pada Ahad lepas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 60 tentera Yaman di wilayah selatan Abyan yang sedang bergolak.

Seperti yang dilaporkan FOX News, serangan tersebut berlaku di pangkalan tentera, sekitar 10 batu dari bandar Zinjibar yang sebahagian besar telah dikuasai rangkaian Al Qaeda.

Serangan pada hari Ahad lepas bermula dari timur, disusuli dengan serangan berantai dari arah barat pangkalan tentera. Menurut jurucakap kerajaan, Al Qaeda berjaya menguasai persenjataan meriam dan roket milik tentera Yaman.

"Ini sudah merupakan serangan terbuka, dan ini adalah cabaran besar bagi tentera ... Al Qaeda sangat kuat. Kami menghadapi masalah serius sekarang," kata jurucakap kerajaan Yaman seperti disiarkan FOX News.

Selain daripada 60 orang tentera terbunuh, puluhan tentera lain juga cedera parah. Bahkan beberapa tentera masih ditawan dan diculik oleh Al Qaeda.

Pihak pemerintah Yaman menggambarkan serangan Al Qaeda kemarin sebagai "kejam dan biadab". Menurut jurucakap kerajaan itu, ahli Al Qaeda melakukan pembunuhan. "Mereka menyembelih  tentera-tentera Yaman. Pembunuhan ini mereka maksudkan sebagai amaran ..." Al Qaeda


Sementara itu, melalui sayap media Al Qaeda yang bernama al-Medad Network, Al Qaeda menyebarkan mesej ancaman mengandungi video pembunuhan
tentera, serta mesej bahawa mereka akan membina pangkalan di daerah Yaman selatan.

Dalam serangan Ahad lalu, sekurang-kurangnya tiga Briged tentera terlibat dalam pertempuran. Mereka adalah Briged ke 39, 115 dan 119.

Serangan dari Al Qaeda ini sangat ketara kerana ia berlaku selepas presiden Yaman baru saja dilantik menggantikan diktator Ali Abdullah Saleh.

0 comments:

Post a Comment