8 March 2012

6 Hackers hebat serang web agensi kerajaan dan korporat AS

NEW YORK 7 Mac - Enam suspek ketua kumpulan penggodam antarabangsa dikenali sebagai Anonymous, didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam atas kesalahan melakukan jenayah siber.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, kesemua tertuduh didakwa melakukan penggodaman dan mengkucar-kacirkan laman web agensi kerajaan dan korporat.

Antara yang didakwa ialah Hector Xavier Monsegur, yang dikenali sebagai Sabu, individu yang bertanggungjawab menyerang laman web Paypal milik Ebay, MasterCard Inc dan Visa Inc antara Disember 2010 dan Jun tahun lalu.

Serangan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap keengganan syarikat terbabit memberi sumbangan kepada WikiLeaks, kumpulan yang membocorkan maklumat sulit diplomatik pada 2010.

Dakwaan terhadap Monsegur difailkan di Mahkamah Persekutuan di New York atas kesalahan jenayah maklumat.

Pihak mahkamah berkata, pada Ogos lalu, tertuduh mengaku bersalah atas 12 tuduhan termasuk menggodam komputer dan berkonspirasi.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS50,000 (RM150,000) dan berdepan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.

FBI berkata, seorang lagi penggodam, Jeremy Hammond turut ditahan di Chicago pada Isnin lalu dan didakwa atas kesalahan menggodam perisikan dunia dan penyelidikan Strategic Forecasting Inc pada Disember lalu.

Hammond yang dikenali sebagai Anarchos dan AntiSec disahkan mempunyai kaitan dengan kumpulan Anonymous dan beberapa kumpulan lain.

Seorang lagi suspek, Jake Davis yang menggunakan nama samaran Topiar, turut didakwa atas kesalahan menyerang sistem komputer syarikat Sony, pihak polis, kementerian kesihatan dan akhbar News International. - REUTERS

1 comment: