3 March 2012

2 orang tentera yang terbunuh di Afghanistan adalah tentera Amerika


Seorang pegawai Pentagon mengatakan bahawa kedua-dua tentera  yang terbunuh di wilayah Kandahar Afghanistan adalah tentera daripada Amerika.

Insiden itu berlaku pada hari Khamis yang lalu ketika seorang tentera Afghanistan dan seorang orang awam menembak tentera asing di pos tentera.

Komander AS, Bill Speaks, mengatakan bahawa dua warga Afghanistan juga terbunuh terkena tembak balas.
Orang awam tersebut adalah seorang guru yang menyambar senjata dari tentera dan kemudian melakukan tembakan.

Insiden itu terjadi di selepas beberapa pertengkaran di beberapa wilayah di Afghanistan kerana protes pembakaran Al-Qur'an oleh pasukan pimpinan AS, mengakibatkan lebih dari 30 orang, termasuk empat anggota tentera AS terbunuh dan sekitar 180 yang lain cedera.

0 comments:

Post a Comment