7 February 2012

United masih sayang Berbatov

LONDON - Manchester United bakal memperbaharui kontrak Dimitar Berbatov untuk tempoh selama setahun lagi.

Keputusan tersebut sekali gus menutup pintu buat penyerang antarabangsa Bulgaria itu untuk berhijrah ke kelab lain.

Kontrak Berbatov bersama skuad The Red Devils akan tamat pada musim panas ini, namun pihak pengurusan kelab telah bersetuju untuk melanjutkannya.

Sebelum ini, Berbatov, 31, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain dan bekas kelabnya, Bayern Leverkusen ketika pintu perpindahan dibuka pada bulan lalu.

Bagaimanapun, jika Berbatov bersetuju untuk memperbaharui kontraknya bersama United, dia tidak akan menerima kenaikan gaji. Ketika ini. Berbatov dibayar sebanyak £100,000 (RM476,220) seminggu.

Menurut laporan, tujuan utama United memperbaharui kontrak Berbatov adalah untuk mencari dana bagi membawa masuk pemain baharu.

United akan mengalami kerugian sekiranya Berbatov dilepaskan begitu sahaja dan hasrat mereka untuk membawa masuk penyerang Tottenham Hotspur, Luka Modric pada musim depan akan menjadi sukar disebabkan kekurangan dana.

United dijangka mampu menjual Berbatov dengan nilai sebanyak £8 juta (RM38 juta) sekiranya pemain itu memperbaharui kontrak bersama mereka

0 comments:

Post a Comment