19 February 2012

Timbalan Menteri Luar China berkata, masyarakat antarabangsa perlu menghormati kedaulatan Syria

DAMSYIK: Timbalan Menteri Luar China, Zhai Jun berkata, masyarakat antarabangsa perlu menghormati kedaulatan Syria selepas perbincangan dengan rakan sejawatnya, Faisal Meqdad di sini, semalam, lapor akhbar kerajaan. 

“Kami bertukar pendapat mengenai cara untuk mengukuhkan kerjasama dalam waktu paling sukar dihadapi Syria,” katanya. “Kedaulatan, perpaduan, kebebasan dan intergriti wilayah di Syria perlu dihormati semua pihak. China berharap dialog kebangsaan dan pembaharuan akan berlanjutan di Syria,” katanya. Beijing dan Moscow sepakat menghalang usaha Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan ke atas Syria. - AFP

0 comments:

Post a Comment