5 February 2012

Telefon kesan penyakit

SEOUL - Telefon pintar tidak hanya berfungsi sebagai alat penghubung selepas sekumpulan saintis Korea menambah fungsinya untuk mengesan penyakit.

Ketua kumpulan penyelidik di Institut Sains dan Teknologi Maju Korea, Profesor Park Hyun Gyu berkata, mereka telah berjaya mencipta aplikasi telefon bimbit yang mampu untuk mengesan pelbagai penyakit seperti barah dan kencing manis.

Menurutnya lagi, teknologi itu dibangunkan berdasarkan keupayaan sensitiviti skrin sesentuh untuk mengesan isyarat yang dihantar menerusi sentuhan jari.

“Eksperimen yang dijalankan di makmal menunjukkan titisan darah atau air liur yang diletakkan pada skrin sesentuh telefon pintar mampu memberi keputusan segera mengenai tahap kesihatan pengguna,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment