Awang hitam dituduh edar dadah
SUNGAI PETANI – Seorang penuntut Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam, terhadap tuduhan mengedar kanabis seberat 6,820 gram, 25 Januari lalu.

Pius Emmanuel David, 25, penuntut Pusat Bahasa Intelek, Megan Avenue, Jalan Ampang Kuala Lumpur dituduh mengedar dadah tersebut pada jam 9.15 malam di Stesen Bas Ekspres Jalan Pekan Lama, Sungai Petani.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1983) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan 26 Mac, untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd Rozi.

Sementara itu, isteri tertuduh yang ditemui di pekarangan mahkamah menjelaskan mengenali suami sejak tiga tahun lalu menerusi laman Facebook.

Difahamkan, tertuduh akan ke Bangkok sebulan sekali bagi menemui isterinya di sana.