2 February 2012

Peniaga nyaris buta disimbah asid


MANGSA yang nyaris buta akibat disimbah asid masih lemah ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga tidak pernah terfikir akan tercedera dan nyaris buta disimbah sejenis cecair dipercayai asid ketika sedang menjamu selera apabila dia dan dua rakannya diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pedang samurai kelmarin.

Kejadian bermotifkan dendam pukul 9.30 malam di sebuah kedai makan di Simpang Taman Uda, Paka, Dungun itu berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun tersebut diserang ketika sedang asyik makan di situ.

Mereka yang menyedari kehadiran suspek kemudian cuba melarikan diri ke arah sebuah kereta namun dua daripada mangsa cedera selepas disimbah cecair berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kejadian itu mengakibatkan mangsa cedera di mata kanan.

Katanya, seorang lagi rakannya berusia 38 tahun yang disyaki menjadi sasaran utama suspek melecur di pipi dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.

"Salah seorang suspek dikenali mangsa dan kita telah mengenal pasti kereta yang digunakan suspek ketika mereka melarikan diri sebaik menyerang mereka," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment