3 February 2012

Mayat ditemui maut dengan kesan tembakan

KULIM — Polis menemui mayat dua lelaki yang dipercayai penjenayah dalam keadaan berlumuran darah akibat tembakan di Jalan Bukit Lada, Lunas dekat sini petang semalam.

Jurucakap polis berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai ditembak ketika mereka sedang menunggang motosikal di laluan tersebut kira-kira 6.30 petang.

Katanya kedua-dua lelaki tersebut adalah penduduk tempatan, seorang berusia 35 tahun sementara yang seorang lagi berusia 40 tahun, yang dipercayai pengedar dadah yang menggunakan pelajar sekolah sebagai budak suruhan mereka dan telah bergerak cergas sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap tersebut berkata penjenayah yang berusia 40 tahun itu mempunyai rekod sebagai pengedar dadah dan baru sahaja dibebaskan dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor.

"Mayat kedua-dua mangsa tersebut telah dibawa ke Hospital Kulim dan terdapat dua kesan tusukan peluru pada tubuh lelaki berusia 35 tahun sementara satu kesan peluru pada tubuh lelaki berusia 40 tahun itu,” katanya kepada Bernama semalam.

Jurucakap polis itu berkata kedua-dua lelaki tersebut juga pernah bekerja sebagai penarik kereta di sini.
Polis masih menyiasat punca kedua-dua lelaki tersebut ditembak selain menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kulim.

0 comments:

Post a Comment