KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori ditemui mati dengan satu tikaman di sebuah rumah pangsa di PJS 1/52, Petaling Jaya, pada 3 pagi

tadi. Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supt Meor Hamdan Meor Mohammad berkata lelaki berusia 35 tahun itu mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

"Mangsa dipercayai diserang beberapa lelaki ketika hujan lebat awal pagi ini. Mangsa ditemui mati di depan rumah jiran sebelah.

"Ketika cedera, isteri mangsa yang terkejut cuba meminta pertolongan. Namun suaminya gagal diselamatkan," katanya kepada Bernama.

Lelaki itu meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. - Bernama