2 February 2012

Mangsa kapal Costa Concorda tuntut pampasan RM1.3b

Tragedi kapal karam ragut tiga nyawa
GIGLIO, Itali - Mangsa kapal pelayaran, Costa Concorda yang karam di perairan Itali dua minggu lalu menuntut pampasan AS$460 juta (RM1.3 bilion) daripada pemilik kapal, Costa Cruise Lines, lapor The Guardian.

Tuntutan pampasan dikemukan lebih dua minggu selepas nahas yang menyebabkan 17 penumpang maut dan sekurang-kurangnya 16 penumpang masih hilang.

Kapal itu karam pada 13 Januari lalu.

Seorang peguamdari New York, Mitchell Proner berkata, firmanya Proner & Proner, bersama gabungan beberapa peguam antarabangsa lain akan mewakili lebih 500 penumpang yang terlibat.

Beliau mengumumkan perincian awam mengenai tuntutan undang-undang yang difailkan di Florida, pada satu sidang media di Genoa, Italy, semalam, kata laporan BBC.

Syarikat kapal terbabitmembuat tawaran awal pampasan AS$14,460  (RM43,000) kepada penumpang kerana kehilangan bagasi dan trauma psikologi.

"Mereka mesti bertanggungjawab untuk apa yang mereka lakukan.

“Merekasengaja meletakkan penumpang yang berada dalam bahaya. Kami percaya bahawa kami boleh menang di Florida dan kita akan pergi sehingga mereka tidak tahu apa yang melanda mereka ... sama seperti kapal Concordia,” kata Mitchell.

0 comments:

Post a Comment