18 February 2012

Kenapa Malaysia Kehilangan Tenaga Mahir ?

Umum tahu Malaysia merupakan negara dunia ketiga. Sangat jelik bunyinya. Tetapi apakan daya, menara tinggi pun tak mampu mengubah status jelik itu.

Bahkan kita ada UMNO sebuah parti Melayu yang gah pun, tak berupaya mengubah negara kita daripada status jelik itu.

Di manakah silapnya? Sekarang apa masalah kita? Salah satunya ialah kekurangan tenaga mahir. Pekerja mahir yang kita tercari-cari. Di mana mereka? Sudah lahirkah mereka? Atau sudah larikah mereka?

Jika kita mahu jadi pandai, atau mahir dalam sesuatu, kita mestilah berguru dengan yang pandai atau dengan yang mahir.

Di Malaysia, semenjak rasuah berleluasa, projek-projek besar hanya berlegar-legar di kalangan kroni. Golongan mahir tidak diendahkan, sebaliknya golongan yang sanggup memberi rasuah besar, maka dialah yang dapat projek. Tak kira samada dia bodoh atau penjenayah, jika memiliki saguhati besar maka dia diutamakan. Ini sungguh menyedihkan, tetapi ia sudah lama bersarang di Malaysia.

Contohnya, ada projek membekalkan minuman ringan di sebuah zoo. Taukeh Cina tak akan dapat projek itu selagi mana tak ada rasuah darinya. Selepas Taukeh Cina merasuah pihak zoo, barulah minuman ringan dapat dibekalkan. Kesannya banyak sekali. Taukeh jujur lain terpinggir akibat projek itu tidak diundikan pada pihak yang betul-betul berkelayakan.

Sekiranya Taukeh Cina tadi seorang yang tidak mahir, maka minuman ringannya sering lewat dan bermasalah. Ia akan mengakibatkan para pengunjung zoo tadi marah kerana pelbagai masalah yang timbul. Namun, akibat rasuah tadi taukeh ini kekal berniaga di situ.

Selalunya kakitangan Taukeh Cina seperti ini tidak terdiri daripada orang-orang yang mahir. Ini kerana Taukeh Cina seorang yang kedekut dan dan rajin berjudi. Pekerja yang diambil terdiri daripada warga asing yang digaji RM700 sebulan.

Apabila warga tempatan yang mahir mahu bekerja dengan Taukeh Cina, dia diberi dengan gaji RM800 lebih sikit daripada pekerja asing. Kemudian, apabila Taukeh Cina ditanya oleh wartawan berkenaan dengan pengambilan pekerja asing. Jawabnya, "Orang tempatan pemalas, tak suka kerja."

Padahal, Taukeh Cina mahu berjimat RM100 setiap sebulan untuk perbelanjaan di kedai TOTO dan pembelian arak serta rokok.

Hal ini berlaku di mana-mana sahaja. Di UK, warga tempatan di sana terpinggir akibat kebanjiran pekerja asing dari negara Poland.

Semua taukeh mahu untung, apa yang dapat dijimatkan, akan dijimatkan. Soal kebajikan pekerja tidak dihiraukan langsung.

Ini belum dicampur masalah politik di dalam sesebuah syarikat. Ada yang kaki bodek, orangnya bodoh tetapi pandai dalam ambil hati taukeh. Contohnya hisap rokok bersama taukeh.

Juga belum dicampur soal ketampanan dan kepintaran seseorang individu yang mendorong mana-mana taukeh hodoh dan bebal membuang para pekerjanya. Sangat susah menjadi seorang yang tampan dan pintar. Sebab itu ahli politik UMNO semua hodoh dan bebal.

Mana mungkin si ketua hodoh dan bebal mahu seseorang menandinginya. Baik secara sedar mahu pun separa sedar.

Sekiranya anda seorang yang tampan dan pintar sering dibuang kerja atau didajal oleh kaki-kaki bodek. Tibalah masanya anda berdiri di atas kaki anda sendiri. Cukuplah dengan politik sempit syarikat besar mahu pun kecil.

Tubuhkan empayar baru kepunyaan anda sendiri dan bersemuka terus dengan empayar taukeh anda.

Ya, saya tahu. Ada yang masih tidak mampu atau tidak memiliki modal untuk berlawan dengan empayar si taukeh dan kerana itulah kita lihat ramai golongan mahir dan jujur ini merantau ke negara orang.

Di negara orang, matawangnya tinggi. Perolehan projek diutamakan mengikut prestasi dan bukannya rasuah atau saguhati. Di sinilah budak baru dapat membina diri.

Kerana tiada halangan dari si perasuah tua hodoh yang bebal menyekat periuk nasi golongan mahir, dengan amalan rasuah.

Kesimpulannya, rasuah mengenepikan golongan mahir atau pun golongan pelapis. Sebab itu di warta berita, muka-muka perasuah semua rata-ratanya berumur belaka. Juga, jika anda perasan. Negara yang anak-anak mudanya lari ke luar negara adalah terdiri daripada warga negara-negara membangun. Malaysia hanyalah salah satu daripada negara-negara yang saya maksudkan itu.

Bagi yang ingin berlawan dengan golongan perasuah di Malaysia ini, anda perlu tabah dan sanggup duduk di Malaysia walaupun terpaksa memamah umbi-umbi kayu. Itulah pesanan Nabi S.A.W. Saya sarankan supaya kita kumpul modal daripada penternakan dan pertanian.

Nasib 10,000 Kakitangan Kerajaan Pada JUN 2009

Ada yang berjuang dari luar negara dan ada yang berjuang dari dalam negara. Apa-apa pun jangan kita putus asa. Lawan tetap lawan

0 comments:

Post a Comment