14 February 2012

Harga Gula Terkini 2012 Masih Kekal. Harga Gula Dunia Telah Menurun Tapi Subsidi Gula Meningkat?

harga gula 2 Harga Gula Terkini 2012 Masih Kekal. Harga Gula Dunia Telah Menurun Tapi Subsidi Gula Meningkat?
Kerajaan terbaru mengatakan sebelum ini harga gula terkini 2012 akan terus kekal tetapi dalam masa yang sama kerajaan terpaksa menanggung peningkatan subsidi gula sehingga RM567 juta berbanding RM262.41 sebelumnya.

Mengikut rekod sebelum ini harga gula di Malaysia telah meningkat sebanyak 4 kali ini sejak daripada tahun 2010 :
  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen - menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)
Peningkatan harga gula sejak daripada tahun 2010 adalah bersamaan dengan 58.6 peratus. Kalau dahulu, negara mengimport sehingga 99 peratus gula daripada luar, sekarang ini kerajaan terpaksa import gula telah meningkat sehingga 100 peratus yang sebahagian besarnya datang dari negara Brazil.

harga gula 2012 Harga Gula Terkini 2012 Masih Kekal. Harga Gula Dunia Telah Menurun Tapi Subsidi Gula Meningkat?
(Sumber : Utusan Malaysia)
Tetapi yang peliknya apabila kami merujuk harga gula dunia sebenarnya telah jatuh sejak 6 bulan lepas. Sepatutnya apabila melihat situasi sekarang ini, subsidi gula akan berkurangan berbanding kenyataan menteri baru-baru ini :
Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupyn harga pasaran dunia telah meningkat
harga gula terkini Harga Gula Terkini 2012 Masih Kekal. Harga Gula Dunia Telah Menurun Tapi Subsidi Gula Meningkat?
(Sumber asal : Indexmundi)
  • Harga gula dunia naik, harga di Malaysia naik
  • Harga gula dunia turun, harga di Malaysia masih lagi kekal sama
  • Harga gula dunia menurun, subsidi kerajaan telah meningkat?
Hakikatnya, harga gula dunia telah mencecah kepada paras tertinggi AS$29.47 (RM89.66) setiap £100 pada bulan Julai 2011. Walaubagaimanapun selepas daripada itu,  harga gula dunia telah mula menurun setiap bulan kepada paras AS$ 23.42 pada bulan Disember 2011 yang lalu di mana penurunannya telah mencecah sehingga 20.5%.

Mengapa kerajaan perlu import sehingga 100% gula? Adakah Malaysia tidak mempunyai kapasiti dan kemampuan sendiri untuk menanamnya? Mengapa kerajaan perlu meningkatkan subsidi gula sedangkan harga gula dunia telah menurun dengan mendadak sejak 6 bulan lepas?

0 comments:

Post a Comment