19 February 2012

Fesyen akhir zaman..BANGGOL UNTA

Fesyen bonggol unta...

Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?! Ramai yang suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana terdapat perbezaan diantara sanggul yang sengaja ditinggikan dengan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang "membalut" aurat dan bukannya "menutup" aurat.

Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith, tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."
[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]

dan

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

serta

"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol do kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."
[HR Muslim. Hadith no. 212]

Trend/fesyen seperti ini tiada di zaman Rasulullah, namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini), dilihat benar-benar terjadi.

0 comments:

Post a Comment