23 February 2012

Duit Palsu RM50

KULIM - Sebuah pemilik restoran di sini dilaporkan telah menerima wang palsu daripada pelanggannya yang bernilai RM50.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Ghuzlan Salleh berkata, kes itu dikesan apabila pemilik restoran berkenaan yang terletak di Taman Kenari, Tan Khim Pheng, 46, melaporkan bahawa dia telah menerima sekeping not palsu tanpa disedarinya.

Dia dilaporkan telah memasukkan wang palsu itu bersama segugus wang bernilai RM20,000 ke dalam akaunnya di sebuah bank petang semalam.

"Dua jam kemudian pihak bank telah menghubunginya memaklumkan bahawa mereka telah mengesan sekeping daripada wang yang dimasukkannya adalah wang palsu, selepas diimbas,” kata Ghuzlan. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment