5 February 2012

Curi besi buruk nak beli beras di Malaysia

Sekarang ini kita menyambut Maulid Nabi. Marilah kita sambut dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW yang begitu amat mengambil berat mereka yang kesusahan dan kelaparan. Dibawah ini kisah benar yang disiarkan di beberapa blog , juga berita berkaitan ada disiarkan di Utusan Malaysia pada bulan Disember 2011 yang lalu. Kisahnya ialah pasangan adik beradik yang mencuri besi buruk meja sekolah mereka sendiri untuk dikumpul, untuk dibeli beras, kerana mereka sering kelaparan.


 
**********
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan seorang lagi kawan mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3. Kenapa? Sebab nak beli beras. “Kami lapar sgt,” kata mereka.

Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.

0 comments:

Post a Comment