26 February 2012

Celine Dion kena virus sebelum buat konsert

LAS VEGAS - Penyanyi terkenal, Celine Dion membatalkan beberapa konsert di sini kerana dia dijangkiti virus.

Menurut beberapa pegawai Hotel Caesars Palace, doktor peribadi Dion menasihatkan dia berehat selama seminggu untuk pulih daripada virus yang menyebabkan berlaku keradangan pada peti suaranya.

Konsert penyanyi itu yang dijadualkan semalam, pada Jumaat lalu, Selasa dan Rabu ini di resort Colosseum telah dibatalkan. 

Konsert Dion akan hanya diadakan pada 3 Mac depan.

Penyanyi kelahiran Kanada berusia 43 tahun itu dalam satu kenyataan berkata, dia tidak suka membiarkan orang lain berasa kecewa. Menurutnya, dia berasa gusar kerana tidak mampu menyanyi pada persembahan itu.

Bayaran balik akan diberikan kepada penonton yang telah membeli tiketnya. 

Caesars membelanjakan sebanyak AS$95 juta (RM286.4 juta) bagi membina Colosseum yang lengkap dengan alat pelembap untuk melindungi suara penyanyi tersebut pada tahun 2003. - AP

0 comments:

Post a Comment