21 February 2012

Cedera parah akibat bermandi peluru

GOMBAK – Tidak diketahui apa puncanya, tiga lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan pemuda yang memakai topeng ski di Apartmen Gardenia Court di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, tiga suspek yang menaiki sebuah Pajero menyerang tiga mangsa yang ketika itu berada di tempat letak kenderaan apartmen tempat tinggal mereka.

Semasa kejadian, ketiga-tiga mangsa berusia 18, 23, dan 29 tahun berada di dalam kereta Honda Accord.

0 comments:

Post a Comment