23 February 2012

Budak curi kabel mati kena renjatan elektrik

SEREMBAN - Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik, dipercayai ketika cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Munawir, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun itu ditemui maut dalam keadaan memeluk kabel elektrik, oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata, mangsa yang berasal dari Labu, dekat sini dipercayai seorang penagih dadah dan tidak bekerja.

"Lelaki itu ditemui hanya berseluar tanpa memakai baju dan kasut dalam keadaan memeluk kabel elektrik.
"Dia dipercayai mahu mencuri kabel elektrik pasar raya berkenaan namun terkena renjatan elektrik dan mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment