19 February 2012

Britain beri amaran kepada Israel

LONDON 20 Feb. - Kementerian Luar Britain semalam memberi amaran kepada Israel mengenai tindakan kurang 'bijak' rejim Zionis itu yang berhasrat melancarkan serangan terhadap Iran ekoran ketegangan berhubung program nuklear Teheran.

Setiausaha kementerian itu, William Hague berkata, isu tersebut sepatutnya diselesaikan secara diplomatik.
"Saya tidak fikir ia merupakan tindakan yang bijak sekiranya Israel mahu melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran.

"Israel perlu menggunakan kaedah sekatan ekonomi dan tekanan diplomatik serta bersedia mengadakan rundingan dengan Iran," katanya. - AFP

0 comments:

Post a Comment