18 February 2012

Bendera Malaysia Yang Memalukan



Bendera kita direka pada tahun 1950 oleh Encik Mohamad bin Hamzah dari Johor. Bendera ini diluluskan oleh Raja George VI dari Great Britain.

Raja George VI diiringi oleh Tunku Abdul Rahman
Inilah duit orang Melayu dahulu kala, ada muka Raja George VI
Bayangkan! Hampir merdeka pun masih minta izin untuk diluluskan oleh penjajah? Ada orang kata, ramai golongan istana, sultan dan raja-raja Melayu dibuang negara serta ulama dibunuh. Jadi yang kekal dalam negara itu siapa?

Jika dikaji, bendera kita sebenarnya dicedok daripada bendera Syarikat India Timur.

Bendera Syarikat India Timur
Syarikat India Timur merupakan syarikat orang Inggeris yang terbesar. Bendera di atas bukan bendera sebuah kerajaan, tetapi hanya bendera sebuah syarikat yang meniaga kapas, sutera, nila, garam batu, teh dan candu (opium) di serata dunia.

Syarikat yang mempu mengeluarkan matawang untuk tadbir India

Kekuatan syarikat ini terserlah sehingga mampu menubuhkan kuasa ketenteraan dan mentadbir India selama beratus tahun.


Askar syarikat tersebut
Permaisuri Elizabeth I

Bendera Syarikat India Timur Inggeris

Pada kurun kurun ke-16, Permaisuri Elizabeth I menaiki takhta kerajaan monarki England. Maka bendera England pun diletakkan pada bendera syarikat tersebut sebagai tanda hormat.

Bendera Syarikat India Timur British kurun ke-17
Pada kurun ke-17, bendera Great Britain tercipta apabila England bergabung dengan Scotland di bawah perjanjian The Act of Union 1707. Lalu Syarikat India Timur Inggeris bertukar nama dan bendera.


Bendera Syarikat India Timur British kurun ke-18

Pada kurun ke-18, United Kingdom (U.K) tertubuh. Ia terjadi apabila Great Britain memasukkan negeri Ireland di bawah Acts of Union 1800. Ketika itu Ireland menggunakan bendera St. Patrick.

Bendera Betsy Ross
Selain benua Asia, syarikat penjajah ini juga turut ke benua Amerika pada kurun ke-17. Mereka membawa bendera yang sama ketika berdagang di sana.

Bendera di atas merupakan bendera hasil dari Revolusi Amerika. Ia digelar Betsy Ross (yang juga nama tukang jahit bendera).

Revolusi ialah perubahan kerajaan dengan cara kekerasan.

Tentera Amerika berbaju biru melakukan revolusi menentang tentera British.
Salah satu peristiwa penting akibat kezaliman pedagang syarikat tersebut juga biasa kita dengar dalam sajak 'unggun bersih' Pak Samad menceritakan protes terhadap pengecualian cukai teh pimpinan Samuel Adams (Uncle Sam) di Boston. Syarikat zalim itu telah berpakat dengan parlimen supaya meminda satu akta bagi mengelakkan cukai. Gerakan yang menjejaskan ekonomi Amerika itu dihidu oleh uncle Sam sehingga bertindak melakukan protes.

Kesimpulannya di sini ialah, negara kita dijajah oleh syarikat orang putih yang juga menjajah Amerika. Kerana itu benderanya kedua-dua negara ada elemen yang serupa.
Bendera Liberia
Bagaimana pula dengan bendera di atas ini? Hahaha! Ini merupakan bendera negara benua Afrika yang bernama Liberia. Syarikat bangsat tersebut juga sudah berlabuh di Liberia bagi membuang bekas hamba dari Amerika. Kerana bekas hamba atau keturunan hamba kulit hitam tak boleh jadi rakyat Amerika. Jahat tak orang putih?

0 comments:

Post a Comment