23 February 2012

Apabila Ulama Akhir zaman gila publisiti

Beberapa kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin yang diucapkan dalam Majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan penulis maya kebangsaan pada 18 Februari 2012 sangat mengelirukan sehingga boleh menyesatkan orang awam.
Kenyataan pertama: "Agama sebagai senjata politik yang penggunaannya oleh pemimpin politik dilihat merendahkan marabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai". 

Saya keliru dan saya tidak faham akan maksud "agama sebagai senjata politik". Saya juga keliru dan tidak faham bagaimana agama boleh digunakan sebagai senjata politik oleh pemimpin politik? Kenyataannya secara semberono sahaja, yakni kenyataan kosong tanpa beliau menyertakan bukti atau contoh yang konkrit.

Pada fahaman saya, "agama sebagai senjata politik" itu sama maksudnya dengan "agama sebagai alat politik". Kalau andaian saya itu benar, tidakkah kenyataan Dr Asri itu bermakna "politik mengatasi agama"? (Na'uzubillahi minzalik).

Pada pendapat saya, dalam apa sahaja urusan orang beriman, pendekatan agama wajib digunakan. Pendekatan agama merupakan pendekatan benar yang menyelamatkan kita daripada fahsya dan mungkar. Ingin saya bertanya kepada Dr Asri, siapakah atau sistem apakah atau kaedah apakah yang mampu merenda-rendahkan martabat Islam? Bukankah martabat Islam itu senantiasa terletak tinggi di mercu kemuncaknya di dalam pemeliharaan Allah SWT ? Kalau manusia Islam yang melakukan kejahatan, maka manusia itulah yang celaka.Celakanya manusia itui tidak sedikit pun menjejaskan martabat Islam!

Kenyataan kedua: "Sesetengah pemimpin politik semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing".

Jelas, kenyataan ini memberi makna bahawa agama boleh sahaja dieksploitasi oleh pemimpin politik. Pada saya, kenyataan ini kenyataan sesat serta berniat jahat. Lagipun, bolehkah agama dieksploitasi sedangkan agama itu kebenaran mutlak? Mengapa tidak diberikan contoh kes bagaimana pengeksploitasian agama boleh berlaku?

Bagaimanakah agama menjadi "landasan" untuk pemimpin politik meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing? Alangkah buruknya prasangka! Apa makna "agama sebagai landasan"? Tidakkah frasa ini memperlihatkan kejengkelan Dr Asri terhadap agama bahawa agama itu sekadar menjadi landasan kejahatan pemimpin politik; padahal agama Islam itu "landasan" kebenaran berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.

Kenyataan ketiga: "Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk".

Kenyataan ini melulu sahaja tanpa bukti dan contoh kes bagaimana agama digunakan untuk tujuan politik. Tanpa perlu dianalisis secara terperinci pun, nampak cukup jelas bahawa Dr Asri memang memisahkan agama daripada politik.

Kenyataan keempat: Bahaya, menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata".

Saya ingin tanya Dr Asri, adakah beliau membuat kenyataan ini dengan penuh kesedaran? Kenyataan ini benar-benar memperlihatkan kejahatan fahamnya bahawa pemimpin politik boleh menggunakan agama Islam untuk "menegakkan yang salah". Astaghfirullahalazim!!! Betapa zalimnya agama Islam pada faham Dr Asri sehingga tergamak menegakkan yang salah, menghalalkan yang haram, mengharuskan yang batil dan seumpamanya!

Kenyataan kelima: " ......menjadikan agama sebagai mainan politik ......"
Hina sungguh taraf agama; sekadar menjadi mainan politik sahaja. Mengapa tidak dibuktikan?
Kenyataan keenam: " ...... fatwa politik sangat bahaya, agama perlu dibebaskan daripada mainan politik."

Pada fahaman saya daripada kenyataan di atas,  agama tidak boleh sama sekali dicampur-adukkan atau dihubungkaitakan dengan politik, tetapi agama Islam itu mesti diasingkan daripada politik. Dengan kata lain, bagi Dr Asri: AGAMA SUKU, POLITIK SUKU.

Saya berpendapat, setiap gerak-geri kita dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT. Inikan pula aktiviti keterlibatan kita dalam politik. Sangatlah mustahil untuk sesiapa memisahkan agama daripada politik kerana aspek politik pemerintahan dan urus tadbir negara merupakan satu aspek terbesar dalam Islam yang kita sebagai khalifah Allah di muka bumi-Nya ini diamanahi untuk memakmurkannya supaya mencapai matlamat "baldatun toyyibatun warabbun ghofur".

Dr Asri, tolong maafkan saya kalau saya menamakan anda 'ulama parasit terbesar Malaysia' hingga ketika anda telah insaf akan kejahilan anda serta bertaubat. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment