21 February 2012

Apabila Pak Lah mula bersuara - Islam Hadhari kau mana pergi woi?

KUALA LUMPUR -  Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya yang lepas pada 2008, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada usaha dan kerja keras pemimpin BN dalam memberi khidmat terbaik bagi membela nasib rakyat di negara ini.

"Boleh (menang lebih besar)...bergantung kepada sejauh mana kita dapat yakinkan rakyat bahawa kerajaan kita dapat membawa kejayaan yang lebih besar dalam pelbagai bidang.
 
"Bukan tumpu kejayaan pada pilihan raya sahaja, kejayaan memberi khidmat kepada rakyat ini perlu berterusan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencapaian Umat Islam Pasca-Merdeka : Pengajaran dan Langkah Ke Hadapan dan Pra-Pelancaran Sambutan 20 Tahun Penubuhan Insitut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini.
 
Beliau adalah Pengerusi Ikim.
 
Turut hadir Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. Seminar dua hari itu dihadiri lebih 200 peserta.

Mengulas cabaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berkata debat bukan cara untuk menyelesaikan masalah rakyat.
 
"Debat bukan satu penyudahan bagi segala-galanya. Apa yang penting ialah sumbangan kerajaan kepada rakyat melalui program perlu dilaksanakan.

"Jayakan projek seperti dimahukan rakyat, itu diutamakan. Debat bukan sesuatu yang boleh dipaksa, terpulang kepada Najib. Tidak perlu saya beri nasihat, beliau lebih memahami," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment