1 February 2012

Anwar: Hasan Ali tak perlu ikut cara Umno



Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar)menasihatkan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya tidak mengikut cara Umno dengan membuat serangan peribadi dalam ceramahnya.

Beliau berkata, Hasan sepatutnya menerangkan tentang dasar dan tidak menjadikan serangan peribadi sebagai modal ceramahnya.

"Modal dia serang peribadi… dia patut terang dasar. Tak payahlah ikut cara Umno. Saya rasa tak payah jawab soalan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Taman Sri Sentosa hari ini.Hasan mengadakan siri ceramah jelajahnya bagi untuk mendedahkan 'parasit' yang ada dalam Pas.

Beliau yang dipecat Pas pada 8 Januari lalu turut mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Sementara itu, ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin majlis rumah terbuka itu, Anwar berkata, jika beliau menjadi Perdana Menteri, cakap rakyat akan dituruti.

Menurutnya, dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah akan ikut cakap DAP adalah tidak benar sama sekali.

"Mereka kata Anwar puji (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Ya memang... dia tak curi tanah.  Dia buat kerja bagus. Dia jaga negeri dan ekonomi dengan baik. Saya sokong. Saya tak malu untuk cakap.

"Saya nak beritahu, kalau saya jadi ketua, saya akan ikut rakyat. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan saya akan ikut," katanya.

0 comments:

Post a Comment