26 February 2012

7 askar AS di Afghanistan kena bom tangan

KUNDUZ, Afghanistan - Tujuh askar Amerika Syarikat (AS) cedera apabila penunjuk perasaan yang membantah kitab al-Quran dibakar di sebuah pangkalan tentera AS bertindak membaling bom tangan ke pangkalan askar-askar itu di wilayah Kunduz semalam, kata polis. 

Jurucakap polis, Sayed Sarwar Hussaini berkata, tujuh orang anggota tentera AS cedera apabila penunjuk perasaan membaling sebutir bom tangan di pangkalan tentera AS di bandar Imam Sahib.

Menurut jurucakap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, letupan berlaku pada waktu tengah hari. 

Presiden Afghanistan, Hamid Karzai semalam berucap di televisyen bagi meminta penduduk tempatan bertenang ekoran isu kitab al-Quran itu dibakar.

Tunjuk perasaan itu memasuki hari keenam semalam selepas kitab al-Quran dibakar di Pangkalan Tentera Udara Bagram di utara Kabul. - Agensi

0 comments:

Post a Comment