Mexico
MEXICO - Sekurang-kurangnya 44 banduan terbunuh dalam pergaduhan antara kumpulan di sebuah penjara di bandar perindustrian di Utara Mexico.

Pergaduhan yang tercetus pada jam 2 pagi (4 petang waktu Malaysia) itu dipercayai didalangi dua kumpulan banduan yang terlibat dalam kegiatan dadah.

Jurucakap Agensi Keselamatan Awam Negeri Nuevo Leon, Jorge Domene Zambrano  berkata, pergaduhan tercetus apabila kumpulan Gulf dan Zetas berebut untuk menguasai penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat.

Keadaan penjara telah dapat dikawal sepenuhnya pada jam 6 pagi (8 malam waktu Malaysia) dan siasatan awal mula dijalankan.

Dalam pada itu, siasatan awal menunjukkan kemungkinan pintu penjara yang memisahkan dua sayap bangunan penjara telah dibuka oleh pengawal penjara.

Sementara itu, Pengarah Penjara Gilberto Cesena mengesahkan 44 banduan yang mati dalam pergaduhan itu adalah mereka yang menghuni bangunan penjara sayap D.

"Ada mangsa yang dicekik, ditikam dan  dipukul sehingga menyebabkan kematian. Buat masa ini, kami tidak dapat memastikan bilangan yang tercedera," katanya Cesena.

Menurutnya, kejadian ini bukan sesuatu yang baru kerana pergaduhan sehingga menyebabkan kematian biasa berlaku di penjara di negara itu