14 February 2012

14 buah motosikal hangus terbakar


SEBAHAGIAN daripada 12 buah motosikal yang hangus angkara perbuatan khianat di PPR Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pemilik 14 buah motosikal hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati kenderaan mereka hangus dipercayai angkara perbuatan khianat dalam kejadian berasingan di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan Flat PPR Air Panas di sini semalam.

Belum pasti puncanya, namun kejadian pukul 12 tengah malam yang mengakibatkan kerugian RM60,000 itu disyaki berkait rapat perkelahian antara dua kumpulan samseng.

Difahamkan, kejadian itu disedari penduduk selepas mereka melihat api marak di tempat letak motosikal lalu cuba memadamkannya.

Tindakan itu berjaya menghalang api daripada merosakkan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, pihaknya bergegas ke PPR Seri Semarak untuk memadamkan 13 buah motosikal yang terbakar.

"Sebaik sampai, kami dapati api telah dipadamkan penduduk. Sejam kemudian, sebuah lagi motosikal terbakar di PPR Air Panas yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi pertama," katanya.

0 comments:

Post a Comment