29 February 2012

Penjelasan Ustaz Badrulamin dan akan menyaman pemfitnah

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

Berlian RM11.9 juta bekas Permaisuri Perancis dilelong


GAMBAR menunjukkan sebutir batu berlian yang pernah dipakai bekas Permaisuri Perancis, Marie de Medici.

GENEVA, Switzerland - Firma lelongan antarabangsa, Sotheby akan melelong sebutir batu berlian yang pernah dipakai oleh bekas Permaisuri Perancis, Marie de Medici. 

Berlian itu dipakai oleh Medici semasa hari pertabalannya sebagai Permaisuri Perancis pada 13 Mei 1610.

Batu berlian seberat 35 karat yang berbentuk seperti buah pear itu dijangka dilelong pada harga antara AS$2 juta (RM5.9 juta) hingga AS$4 juta (RM11.9 juta) pada 15 Mei depan di sini.

Ia pernah dibeli oleh seorang pengumpul berlian, Nicolas Harley de Sancy.

De Sancy membeli berlian tersebut di Istanbul, Turki pada akhir kurun ke-16. 

Ekoran itu, berlian itu diberi nama Beau de Sancy.
Berlian tersebut telah beralih tangan dalam kalangan kerabat diraja Perancis, England, Prussia dan Belanda. - Agensi

Adam terjun jambatan sekali dengan basikal


ADAM FLINT terjun bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat Pitlochry, Scotland kelmarin.


PITLOCHRY, Scotland - Seorang pemuda, Adam Flint terjun dengan menggunakan tali bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat sini kelmarin.

Flint, 26, membuat terjunan bagi mempromosikan aktiviti mengayuh basikal di Highland Perthshire.

Dia mengasaskan sebuah pertubuhan sukan bagi mempromosikan sukan mengayuh basikal di kawasan tersebut.

Menurut Flint, dia berasa gementar sebelum membuat terjunan dari ketinggian 40 meter. - Agensi

Jepun siapkan menara kedua tertinggi dunia selepas dilanda gempa & tsunami


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin
menunjukkan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree di timur Tokyo.

TOKYO - Pembinaan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634 meter di sini siap sepenuhnya semalam.

Pembinaan itu lewat dua bulan ekoran kejadian gempa dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun lalu yang menyebabkan kekurangan bahan binaan.

Tokyo Sky Tree turut diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.

Ketua-ketua industri pelancongan di negara ini berharap menara setinggi 634 meter itu akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong asing.

Bilangan pelancong asing menurun di Jepun selepas bencana tsunami dan krisis nuklear yang berlaku pada tahun lalu. 

Pembinaan menara di timur Tokyo itu bermula pada Julai 2008 dan mengikut jadual asal ia sepatutnya siap dibina pada Disember tahun lalu.

Tokyo Sky Tree turut mengatasi Menara Canton di Guangzhou, China yang setinggi 600 meter dan Menara CN setinggi 553 meter di pusat bandar Toronto, Kanada.

Seramai 580,000 pekerja terlibat dalam pembinaan menara itu yang menelan belanja AS$806 juta (RM2.4 bilion). - AFP

Batu granit gergasi seberat 340 tan dihantar ke Muzium

SEBUAH bongkah batu gergasi (dalam bulatan) seberat 340 tan berada di atas sebuah treler di Lembah Jurupa, California kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.

Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin.

Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.

Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram. 

Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda.

Sekitar 60 orang diperlukan untuk memastikan perjalanan treler berkenaan lancar terutamanya ketika kenderaan tersebut melalui selekoh sebelum ia dijadualkan tiba di destinasinya pada 10 Mac ini dalam perjalanan yang mengambil masa selama 11 hari. 

"Orang ramai datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bongkah batu tersebut," kata jurucakap muzium berkenaan, Miranda Carroll.

Heizer menemui bongkah batu gergasi itu enam tahun lalu dan akan menjadikan ia subjek untuk pameran terbaharunya, Levitated Mass.

Beliau merancang meletakkan bongkah batu tersebut di atas sebuah parit sepanjang 139 meter.

Para pengunjung akan dapat melihat ia kelihatan seperti terapung di udara. - Agensi

MAS catat rugi bersih RM2.52b


AHMAD JAUHARI mengumumkan keputusan kewangan MAS di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.

Menurutnya, kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang kerugian itu.

"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kawalan kos serta membuat kajian selanjutnya.

"Kami juga harus melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad Jauhari menjelaskan, prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion berbanding RM13.41 bilion pada 2010.

Beliau berkata, perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion.

Penculik tuntut RM210,000 + RM50,000


RUMAH Nagaraja di Taman Desa Pelancongan, Lahat, Ipoh yang telah dikosongkan selepas didakwa diintip penjenayah yang menculik bapanya Jumaat lalu.


IPOH – Sebuah keluarga hidup dalam keadaan tidak keruan apabila bukan sahaja bapa mereka trauma selepas diculik hampir dua jam oleh sekumpulan lelaki pada Jumaat lalu, malah mendakwa hidup mereka kini ibarat pelarian kerana terpaksa meninggalkan rumah yang kerap diintip penjenayah.

Wakil keluarga itu, S. Nagaraja, 25, mendakwa, kejadian itu disyaki berkait rapat dengan sebuah firma guaman yang tidak berpuas hati kerana masih belum menerima upah selepas dia berjaya mendapatkan pampasan insurans sebanyak RM300,000 pada Oktober tahun lalu.

Mengimbau semula kejadian itu, pekerja sebuah restoran itu memberitahu, bapanya, A. Subramaniam, 52, telah diculik ketika hendak ke tempat kerjanya di sebuah kilang di kawasan perindustrian Lahat dekat sini pada pukul 3.30 petang.

Katanya, sekumpulan enam lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Perdana hitam kemudian telah membawa bapanya ke sebuah premis berhampiran Pasar Pinji Mewah dekat sini sebelum salah seorang suspek menghubunginya menggunakan telefon bimbit Subramaniam.

“Penculik itu menuntut wang RM210,000 termasuk upah mereka sebanyak RM50,000. Jika tidak mereka ugut mahu bunuh dan bakar bapa saya.

“Cemas dengan ugutan itu, saya kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai dekat sini sebelum bapa dapat dibebaskan selepas diculik hampir dua jam,” ceritanya pada sidang akhbar di Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Perak di sini semalam.

Ngeri! Kemalangan kereta terbakar hingga rentung



ANGGOTA bomba mengangkat mayat Che Arminudin dan Marissa Alma yang rentung dalam kemalangan di Kota Bharu kelmarin.



KOTA BHARU - Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka menaiki pesawat tidak sempat menjamah makan malam apabila mereka ditemui rentung selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Padang Kala dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.40 malam itu mengakibatkan Che Arminudin Abdullah, 42, dan anak sulungnya, Marissa Alma, 4, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush yang mereka naiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger lalu terbakar.

Che Arminudin merupakan guru subjek kemahiran di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa dekat sini.

Pemandu dan penumpang Ford Ranger itu, Azaizurie Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecil, Melor dan Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, dari Kampung Gaung, Lati, Pasir Mas pula cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Mereka nyaris rentung namun sempat dikeluarkan oleh orang ramai yang datang membantu.

Isteri mangsa, Marzuany Syuhaida Mohamad Sukri, 39, memberitahu, dua beranak itu keluar pada pukul 7.30 malam dan dikatakan akan makan malam selepas pulang menghantar saudaranya berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Gambar-gambar pelik


Banyak lagi gambar-gambar pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk mengikuti isu-isu berat yang berlaku sekeliling kita.



























Pengantin seksi dalam masjid

Pesan kepada diri dan pengunjung blog ini, semoga kita dijauhkan bencana ini. Semoga kita yang mempunyai anak, adik, kakak dan kerabat dijauhkan dari kejahilan ini. Cara untuk memulakan alam rumahtangga dengan cara yang memualkan.

Seksi, menjadi satu kemungkaran, seksi dalam masjid lagi-lagi menjadi satu kemungkaran. Mungkin untuk menjadi kenangan!! Kenangan “kepala bapak” kalau seperti ini!!

Kita boleh juga bersangka baik. Apa kata, kalau kita berkata yang nampak seperti warna kulit itu adalah bajunya. Tali bra yang kelihatan itu berada di luarnya bajunya. Dia memakai baju dalam terlebih dahulu dan kemudian barulah memakai bra!! Kalau begitu, ada sesiapa yang tidak bersetuju kalau kita berkata dia sedikit ‘mental’, sasau kerana perkahwinannya. Ada bantahan!!!

Apa kata kalau yang ingin mendirikan rumahtangga, alam rumahtangga-alam baru bagi setiap orang, kita mulakan dengan penuh keberkatan. Semoga dengan apa yang dimulakan dengan penuh keberkatan dipenuhi dengan penuh keberkatan untuk babak hidup seterusnya.

Sama-sama kita mengaminkannya, doa untuk mereka yang inginkan keberkatan!!

26 February 2012

Pertempuran puak-puak salafi dengan polis Tunisia

Pada hari Khamis lalu, terjadi pertengkaran di Wilayah Jedouba antara pasukan keselamatan Tunisia dan penunjuk perasaan, yang diduga adalah orang-orang Salafi. Mereka berusaha menyerbu pusat keselamatan utama di wilayah ini, menurut laporan dari beberapa sumber. Dalam pertengkaran tersebut beberapa orang terbunuh dan tiga lainnya ditangkap.

Seorang saksi mengatakan, terjadi upaya penyusupan dilakukan oleh puluhan orang bertopeng yang melontar bom molotov dan batu. Pasukan keselamatan menggunakan gas air mata untuk membubarkan mereka.

Al-Jazeera menjelaskan, orang-orang Salafi mengambil alih sejumlah masjid di bandar sambil membacakan ayat-ayat Al-Quran dan menyeru untuk berjihad.

Di sisi lain, menurut agensi berita rasmi Tunisia, para penyerang membakar pejabat polis, pada hari rabu yang lalu , sebelum menyerang pusat keselamatan dengan senjata tajam, tongkat, batu, serta bom molotov.

Kementerian Dalam Negeri Tunisia menjelaskan bahawa pertengkaran terjadi Rabu dan Khamis antara polis dan sekitar 150 pemuda "Salafi".

Polis Tunisia bertempur dengan puluhan orang yang diduga Salafi di pusat bandar Tunisia setelah solat Jumaat minggu lalu, sebagai protes terhadap kenyataan Presiden sementara Munsif Marzouki, yang menyebut kelompok Salafi sebagai "virus". Para pemprotes menuntut Munsif Marzouki meminta maaf kepada mereka.

Para penunjuk perasaan melakukan perarakan dengan membawa slogan-slogan terbuka, diantaranya "Tidak ada Tuhan selain Allah dan Marzouki adalah musuh Allah," dan "Tidak, tidak ... Tunisia bukan Negara sekular, tapi Negara Islam."- Al-Jazeera

Demonstrasi di Afghanistan bakar konvoi trak minyak pasukan pimpinan NATO

Para penunjuk perasaan yang marah di Afghanistan membakar 20 lori minyak NATO pada hari keempat protes terhadap penodaan Al-Quran di sebuah pangkalan yang dikendalikan tentera AS di negeri ini.

Insiden ini terjadi pada Jumaat di tenggara wilayah Khost di mana penunjuk perasaan Afghanistan menyerang konvoi trak yang membekalkan minyak untuk pasukan pimpinan NATO di negara itu.

Serangan itu berlaku semasa demonstrasi di dekat pangkalan tentera AS dekat ibu kota wilayah Khost, mengakibatkan sejumlah orang terbunuh dan cedera. Tidak ada laporan yang jelas mengenai jumlah korban.

Pada hari sebelumnya, lebih dari puluhan pemprotes meninggal dalam pertengkaran dengan penguatkuasaan undang-undang Afghanistan di seluruh negeri.

merujuk massa  Aksi protes dan pertempuran terjadi di ibu negara Kabul dan tiga negeri termasuk Herat, di mana polis menembak penunjuk perasaan setelah mereka berusaha menyerbu kedutaan AS.

Sekurang-kurangnya 36 orang, termasuk dua tentera Amerika Syarikat, telah terbunuh sejak aksi protes anti-AS meletus di Afghanistan pada hari Selasa lalu.

Kekerasan itu disebabkan oleh pembakaran mushaf Al-Qur'an dan teks-teks Islam yang lain di pangkalan tentera milik AS di Bagram, sebelah tenggara kota Charikar di Wilayah Parwan Afghanistan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menghantar surat kepada rakan Afghanistannya Karzai, meminta maaf atas pembakaran mushaf Al-Qur'an oleh pasukan Amerika Syarikat di Afghanistan.

Afghanistan telah menolak permintaan maaf dan menuntut penarikan segera semua tentera asing dari negara mereka.


Menurut laporan terkini, kedua-dua pejabat Amerika di persekitaran Kementrian Dalam Negeri Afghanistan tersebut, ditembak mati dari belakang kepalanya oleh seorang anggota Taliban yang menyamar menjadi tentera Afghanistan

Taliban Seru Rakyat Afghanistan SerangTentara AS habis-habisan

Kelakuan tentera Amerika yang membakar Al-Quran dan menyebabkan protes meluas di Afghanistan, membuat gerakan Taliban mendesak rakyat Afghanistan terus menyerang pangkalan tentera Barat sebagai pembalasan. Taliban tetap mengeluarkan seruan tersebut, walaupun Barrack Obama telah rasmi meminta maaf atas insiden itu.

Statemen Taliban yang dikeluarkan Khamis lalu menyeru untuk mensasarkan pangkalan tentera-tentera penceroboh, konvoi tentera penceroboh dan markas-markas mereka.

Selain seruan untuk menyerang tentera asing, Taliban juga mendesak rakyat Afghanistan untuk mengajarkan kepada penjajah "pelajaran untuk tidak pernah berani menodai kitab suci Al-Quran lagi".

Sejak bermula hari Selasa, paling tidak sudah 25 orang meninggal akibat pertengkaran antara penunjuk perasaan anti-Amerika dan pasukan keselamatan Afghanistan.

Dua Pejabat Amerika musnah di Afghanistan

Seruan Taliban ini langsung disusuli demonstrasi di pelbagai tempat. Tak terkecuali serangan di dalam bangunan Kementrian Dalam Negeri Afghanistan pada Sabtu petang waktu tempatan.

Tewasnya dua pegawai Amerika ini disahkan kebenarannya oleh pegawai Amerika di Washington, seperti  khabarkan di  pejabat berita NPR.ORG.

Iran dah siap sedia nak berperang dengan Israel

BAKU, Azerbaijan -Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi berkata, rakyatnya mahu perang bersemuka dengan rejim Zionis, lapor Fars News Agency.

Menurut Ahmad, Israel mengancam Iran dengan lantang tetapi Tehran  mampu mengeluarkan Israel dari peta dunia.

"Kini rejim Zionis berada di ambang kehancuran," katanya.

Iran dan Israel memutuskan hubungan diplomatik selepas Revolusi Islam 1979 apabila Israel menuduh Iran terlibat dalam pembuatan senjata nuklear.

Israel juga menuduh Iran mempunyai rancangan untuk menyerang bandar terbesar Israel,Tel-Aviv.

Selepas tekanan berkaitan isu program nuklear meningkat, AS telah mengadakan sekatan ekonomi ke atas Iran.

AS juga dikatakan mencuba sedaya-upaya menghalang Israel daripada melancarkan mogok tentera yang boleh menggugatkan kestabilan di Timur Tengah.

Setiausaha Pertahanan AS,  Leon Panetta meramalkan bahawa serangan Israel ke atas Iran mungkin berlaku dalam awal bulan April ini.

Bayi jantung di luar


Febryana Omega Hayati
JAKARTA - Doktor-doktor pakar di Hospital Dr Soetomo Surabaya sedang menangani kes seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berada di luar badan, suatu keadaan yang dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell.

Bayi perempuan berusia 15 hari itu, yang dirujuk ke hospital berkenaan pada Sabtu, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), untuk distabilkan
keadaannya.

Media tempatan melaporkan bahawa bayi bernama Febryana Omega Hayati itu merupakan anak kelima pasangan Ishak Manu, 44, dan Nur Hayati, 34, yang merupakan penduduk Surabaya.

Ketua Bahagian Neonatologi hospital itu, Dr Agus Harianto berkata, kes bayi seperti itu adalah yang ketiga diterima Hospital Dr Soetomo.

Seorang doktor pakar jantung, Yan Efrata Sembiring dilaporkan berkata, kelainan kelahiran itu sangat jarang berlaku iaitu nisbah satu berbanding lima juta kelahiran bayi.

Bagi menangani kes seumpamanya, yang perlu dilakukan pada peringkat awal adalah mengelakkan organ yang berada di luar badan itu daripada terkena jangkitan dan setelah keadaannya bertambah baik, pasukan doktor akan segera melakukan pembedahan bagi menutup organ itu. - Bernama

Cas telefon guna haba tubuh


Pengecas guna haba tubuh
RALEIHG - Penyelidik dari Pusat Teknologi Nano dan Molekul di Universiti Wake Forest telah membangunkan ciptaan sejenis fabrik yang boleh menyerap haba badan lalu menukarkannya kepada kuasa elektrik untuk digunakan sebagai pengecas telefon pintar, iPhone atau komputer riba.

Dengan hanya menggunakan sentuhan jari, Power Felt boleh mengalirkan kuasa dengan sendiri untuk mengecas alat elektronik.

Ia berfungsi apabila fabrik itu mengesan perubahan suhu dan haba dari tubuh si pemakai yang kemudiannya akan menghasilkan elektron.

Salah seorang penyelidik, Corey Hewitt berkata, Power Felt mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu alat kelengkapan kecemasan pada masa hadapan.

“Selagi tubuh manusia mengeluarkan haba, ia akan menghasilkan voltan secara berterusan,” menurutnya.

Rezeki terpijak orang asli


Menang
SEREMBAN - Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai diberikan kepada Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200 CGI.

Sapiah yang bekerja sebagai penoreh getah, memenangi hadiah kereta mewah itu, hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
 
Menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.
 
“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
 
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.
 
Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta. 
 
“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya.

Tak sempat nak larikan lembu curi


Kereta
KULIM - Empat lelaki berusia 20 hingga 30-an melarikan diri apabila kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam parit di kawasan Perindustrian Waja Lama, ketika cuba melarikan dua lembu kira-kira jam 3.30 pagi, semalam.
Suspek dilaporkan memandu kereta dalam keadaan laju. Apabila tiba di kawasan Taman Perindustrian Waja, suspek terkejut dengan kehadiran polis dari Unit MPV yang membuat rondaan pencegahan jenayah. 

Takut dicekup, suspek memecut kenderaan. Apabila tiba di Jalan Perindustrian Waja Lama, kereta dinaiki empat suspek terbabas dan merempuh tiang sebelum terhumban ke parit sedalam dua meter.

Saksi kejadian berkata, mereka nampak empat suspek merangkak keluar dari kereta dalam keadaan cedera dan kemudiannya melarikan diri ke arah kawasan kilang.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis menemui sumpit dan jarum dipercayai untuk menyumpit ubat pelali. 

Polis turut meminta bantuan orang ramai yang berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan dua lembu yang berada dalam kereta suspek.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek kemungkinan mencuri lembu yang berkeliaran di sekitar kawasan Kulim dan Lunas. 

Beliau menasihatkan penternak lembu supaya menyediakan kandang khusus untuk memastikan binatang ternakan mereka tidak dicuri.

Penjual sayur maut dalam longkang


Mayat
GURUN - Siapa sangka kerunsingan keluarga terhadap seorang bekas penjual sayur, yang meninggalkan rumah tanpa khabar sejak tiga hari lalu dikejutkan dengan penemuan mayatnya dalam longkang sedalam 2.1 meter, kelmarin.

Mayat Song Lai Kim, 72, ditemui Pasukan Rondaan Sukarela Gurun (GST) dalam longkang sedalam 2.1 meter, Jalan Alor Setar-Sungai Petani berhampiran Perwaja Steel kira-kira jam 11.45 malam kelmarin, ketika rondaan dilakukan bagi mengesan jejaknya yang meninggalkan rumah tanpa khabar sejak Rabu lalu. 

Anak mangsa, Song Hooi Hong, 43, berkata, Lai Kim dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Suria di sini, pada Rabu lalu kira-kira jam 9 malam.

Menurutnya yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik, dia menyangka Lai Kim keluar berjumpa rakan seperti hari kebiasaannya.

“Namun, kami sekeluarga pelik kerana bapa tidak pulang ke rumah sehingga jam 5 pagi keesokan harinya. 

“Saya berasa tidak sedap hati dan terus menghubungi bapa. Tetapi dia tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat hingga kami tidak dapat hubunginya lagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian­, kelmarin.

Hooi Hong berkata, mereka sekeluarga kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Gurun pada Khamis lalu setelah seharian Lai Kim tidak pulang ke rumah.

“Setelah itu, saya meminta pertolongan rakan dari GST untuk membuat rondaan mencari bapa, malam ini (malam kelmarin). Saya nekad untuk mencari bapa sama ada kami menemuinya hidup atau mati.

“Saya dan anggota GST bersama-sama meronda dari Pekan Gurun hingga ke Perwaja sebelum salah seorang daripada kami menemui mayat bapa kira-kira jam 11.45 malam selepas 10 minit keluar melakukan rondaan,” katanya. 

Presiden GST, Tang Hang Por, 58, berkata, dia bersama anggota lain membuat rondaan­ dari Pekan Gurun hingga ke Perwaja Steel dan dia tergerak hati untuk berhenti di longkang terbabit dan menjenguk ke dalamnya.
 
“Saya terkejut apabila mendapati ada mayat dalam longkang itu bersama motosikalnya­. Saya kemudiannya memberitahu Hooi Hong untuk mengesahkan sama ada mayat terbabit bapanya atau tidak.

“Dia mengesahkan bahawa mayat itu bapanya dan kemudiannya kami menghubungi polis,” katanya.

Hang Por berkata, pihak polis kemudiannya membawa mayat Lai Kim ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas ketika melalui Jalan Alor Setar-Sungai Petani di Perwaja Steel, sebelum terhumban dalam longkang terbabit.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera parah akibat patah tulang pinggang belakang dan dipercayai mangsa mati melebihi tempoh 24 jam,” katanya.

Celine Dion kena virus sebelum buat konsert

LAS VEGAS - Penyanyi terkenal, Celine Dion membatalkan beberapa konsert di sini kerana dia dijangkiti virus.

Menurut beberapa pegawai Hotel Caesars Palace, doktor peribadi Dion menasihatkan dia berehat selama seminggu untuk pulih daripada virus yang menyebabkan berlaku keradangan pada peti suaranya.

Konsert penyanyi itu yang dijadualkan semalam, pada Jumaat lalu, Selasa dan Rabu ini di resort Colosseum telah dibatalkan. 

Konsert Dion akan hanya diadakan pada 3 Mac depan.

Penyanyi kelahiran Kanada berusia 43 tahun itu dalam satu kenyataan berkata, dia tidak suka membiarkan orang lain berasa kecewa. Menurutnya, dia berasa gusar kerana tidak mampu menyanyi pada persembahan itu.

Bayaran balik akan diberikan kepada penonton yang telah membeli tiketnya. 

Caesars membelanjakan sebanyak AS$95 juta (RM286.4 juta) bagi membina Colosseum yang lengkap dengan alat pelembap untuk melindungi suara penyanyi tersebut pada tahun 2003. - AP

Presiden Zimbabwe hentam golongan gay


ROBERT MUGABE menghembuskan api lilin di atas kek berbentuk buaya pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-88 di bandar Mutare kelmarin.


MUTARE, Zimbabwe - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-88 kelmarin.

Pada majlis ulang tahun kelahirannya itu yang diadakan di sini, dia membidas golongan gay dan warga asing.
Beliau memberitahu Perdana Menteri Britain, David Cameron: "Ke neraka bersamamu."

Kenyataan itu dibuat berhubung kenyataan Cameron yang meminta hak golongan gay dihormati.

Mugabe juga menuduh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba untuk menjadikan negaranya tidak stabil.
"NGO datang dengan idea yang bodoh, sebahagiannya untuk menjadikan kita tidak stabil.

"Mereka selalu menyokong satu parti. Kami menyatakan kepada mereka supaya jauhi negara kita.
"Biarlah kita menyelesaikan masalah politik kami," kata Mugabe.

Beliau membidas Cameron yang membuat kenyataan pada Sidang Kemuncak Komanwel pada tahun lalu bahawa negara-negara yang menerima bantuan Britain perlu menghormati hak gay. 

"Semula jadi merupakan semula jadi. Ia telah mewujudkan lelaki dan wanita.

"Itulah kenapa kita dilahirkan. Justeru kami menolaknya (gay) dan menyatakan pergi neraka bersama kamu," kata Mugabe.

Beliau juga menggesa para pengundi untuk menolak hak-hak gay dalam satu perlembagaan baharu yang ketika ini sedang dirangka.

"Tolonglah, pemuda dan wanita. Kamu tidak mempunyai kebebasan untuk lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita mendirikan rumah tangga dengan wanita. Itu merupakan kebebasan Tuhan. Itu (Tuhan) yang mencipta kamu dan saya," katanya. - AFP

7 askar AS di Afghanistan kena bom tangan

KUNDUZ, Afghanistan - Tujuh askar Amerika Syarikat (AS) cedera apabila penunjuk perasaan yang membantah kitab al-Quran dibakar di sebuah pangkalan tentera AS bertindak membaling bom tangan ke pangkalan askar-askar itu di wilayah Kunduz semalam, kata polis. 

Jurucakap polis, Sayed Sarwar Hussaini berkata, tujuh orang anggota tentera AS cedera apabila penunjuk perasaan membaling sebutir bom tangan di pangkalan tentera AS di bandar Imam Sahib.

Menurut jurucakap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, letupan berlaku pada waktu tengah hari. 

Presiden Afghanistan, Hamid Karzai semalam berucap di televisyen bagi meminta penduduk tempatan bertenang ekoran isu kitab al-Quran itu dibakar.

Tunjuk perasaan itu memasuki hari keenam semalam selepas kitab al-Quran dibakar di Pangkalan Tentera Udara Bagram di utara Kabul. - Agensi

Pangkalan tentera laut Brazil meletup


KEBAKARAN yang berlaku di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik kelmarin.


SAO PAULO - Satu letupan yang berpunca daripada kebakaran di sebuah pangkalan tentera laut Brazil di Antartik menyebabkan seorang askar cedera dan dua lagi hilang kelmarin, kata tentera Brazil.

Tentera Laut Brazil berkata, kebakaran berlaku di dalam sebuah bilik yang menempatkan penjana tenaga di Pangkalan Comandante Ferraz di Antartik.

Ia merupakan sebuah stesen penyelidikan yang terletak di Admiralty Bay, Pulau King George.

Seorang askar cedera yang kini berada dalam keadaan stabil telah dirawat di Stesen Arctowski sebelum dipindahkan ke Pangkalan Tentera Eduardo Frei. - AFP

Pakistan roboh rumah Osama bin Laden



BEBERAPA anggota polis berjalan melintasi bekas bangunan kediaman Osama bin Laden yang sedang dirobohkan oleh beberapa jentera berat di Abbottabad semalam.



PESHAWAR - Pihak berkuasa Pakistan kelmarin mula merobohkan bangunan yang menjadi tempat persembunyian bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di bandar Abbottabad, di sini, kata polis dan beberapa saksi.

"Dua buah jentolak terlibat dalam kerja-kerja perobohan, ia dilakukan oleh pasukan keselamatan termasuk askar-askar," kata seorang pegawai polis. 

"Saya dapat melihat debu keluar dari bangunan itu," tambahnya. 

Kawasan persembunyian Osama selama beberapa tahun itu dikawal pasukan keselamatan sejak dia mati ditembak oleh pasukan komando SEAL Amerika Syarikat pada 2 Mei tahun lalu dalam serbuan ke kediamannya di bandar Abbottabad.

Menurut pegawai polis itu, pihaknya dikerah untuk mengawal kawasan di luar bangunan tersebut manakala anggota tentera berada di pekarangan kompleks berkenaan.

Sementara itu, beberapa saksi berkata, anggota-anggota tentera menghalang laluan ke kawasan kediaman itu.

Menurut mereka, jentera berat dilihat memasuki kawasan bangunan tersebut manakala wartawan-wartawan dilarang daripada merakamkan gambar atau mendekati lokasi berkenaan. - AFP

Lelaki terpendek di dunia

AP
WAJAH Chandra Bahadur Dangi semasa dia diukur.


KATHMANDU - Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records.

Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina. 

"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita.

"Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.

Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun. 

"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini. 

Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.

Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini.

Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain. 

Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek.

Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi

Kera mengganas di Teluk Intan



ORANG ramai termasuk anggota bomba cuba menghalau kera liar (gambar kecil) yang mengganggu penduduk di Teluk Intan kelmarin.



TELUK INTAN - Penduduk Kampung Bahagia di sini tidak lagi sebahagia seperti dahulu.
Puncanya kerana hampir setiap hari mereka kini diancam oleh sekumpulan kera liar yang semakin mengganas sejak beberapa hari lepas.

Malah kelmarin, kera dari kawasan hutan berhampiran didapati bertindak di luar batasan apabila menceroboh masuk ke rumah penduduk dan cuba menggigit seorang bayi berusia 11 bulan di dalam buaian.

Mangsa, Jariah Mohd. Yunus, 53, berkata, pada kejadian pukul 8 pagi itu menyebabkan dia trauma untuk membuka tingkap rumahnya.

"Ketika itu saya sedang sibuk mengemas rumah manakala seorang lagi cucu berusia dua tahun berada di ruang tamu. Namun tanpa disedari muncul empat ekor kera dan seekor daripadanya melompat masuk ke dalam buaian dan cuba gigit kepala cucu saya yang tidur.

"Saya menjerit dan suami cuba menghalaunya tetapi gagal berbuat demikian," katanya.

Katanya, dia dan suami, Mohd. Ibrahim Junaidi, 64, kemudiannya nekad menarik cucu mereka keluar dari buaian dan membawa ke pekarangan rumah.

"Kera itu naik angin dan mula menyerang kami bertiga. Akibat marah, dua daripadanya naik atas bumbung rumah dan mula bertindak ganas," katanya.

Pada kejadian berasingan, seorang lagi penduduk, Dayang Abdullah, 53, juga pernah dikejar tiga ekor kera semasa menjemur pakaian.

"Saya ketakutan berlari masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap. Kera terbabit kemudiannya marah dan mematahkan antena televisyen sebelum melarikan kain saya," katanya.

Pada kejadian kelmarin, penduduk kemudiannya menghubungi bomba namun kehadiran pasukan itu tidak menakutkan kera malah ada di antara mereka dikejar haiwan berkenaan.

Selepas beberapa jam, haiwan terbabit kemudiannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran

Suami hutang Ah Long, Isteri pula jadi mangsa



PUI SI bersama anaknya menunjukkan risalah dan gambar yang diedar ah long bagi menuntut hutang suaminya di Kuala Lumpur baru-baru ini.



KUALA LUMPUR - Seorang wanita hidup dalam ketakutan akibat diganggu ah long ekoran terpaksa menanggung hutang suaminya.

Woo Pui Si, 25, mendakwa, penderitaannya bermula apabila suaminya menghilangkan diri secara tiba-tiba pada 14 Oktober tahun lalu.

"Pada mulanya, saya hairan dia gagal dikesan tetapi akhirnya saya dapat tahu dia rupa-rupanya berhutang dengan ah long," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini baru-baru ini.

Jelasnya, dia kemudian dimaklumkan oleh ah long bahawa suaminya telah meminjam wang sebanyak RM500 pada Ogos tahun lalu namun gagal membayar balik.

"Satu sen pun dia tidak bayar menyebabkan faedah meningkat sehingga mencecah RM30,000," ujar suri rumah itu lagi.

Dakwa Pui Si, apabila dia enggan membayar hutang suaminya, ah long bertindak mengunci pintu pagar rumah yang didiami ibu, nenek dan anak lelakinya berusia empat bulan selama sehari.

"Selain itu, gambar dan maklumat ahli keluarga dan rakan-rakan saya turut ditampal di merata-rata tempat dan ah long mengugut untuk menyimbah cat di depan rumah saya di Ampang.

"Akibat bimbang keselamatan terancam, saya terpaksa membayar wang RM590 untuk membuka kunci rumah dan dia memberi tempoh tiga hari untuk saya jelaskan baki hutang," katanya lagi.

Wanita itu turut membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya pada 24 November lalu.

Dalam pada itu, Pui Si merayu supaya ah long terbabit tidak lagi mengganggu hidupnya kerana dia tidak mampu membayar hutang itu kerana tidak bekerja.

"Lagipun duit suami saya yang pinjam, sepatutnya ah long cari dia bukan mengugut saya. Tolonglah jangan ganggu lagi," rayunya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong meminta orang ramai supaya tidak meminjam wang daripada ah long kerana ia akan menjerat mereka dengan hutang.

Peminat hantar hadiah pelik


INILAH tiga ekor ayam yang dimasukkan dalam beg dan digantung di pintu pagar rumah mangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Hidup seorang setiausaha sebuah syarikat Teknologi Maklumat di sini menjadi tidak keruan apabila dalam tempoh dua minggu lalu, gadis itu menerima empat kiriman aneh termasuk sebuah beg berisi tiga ekor ayam hidup yang dihantar ke rumahnya di Jalan Rejang 8, Wangsa Maju dekat sini. 

Mangsa berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, penerimaan aneh itu bermula dengan kiriman sepucuk surat yang berbentuk hati tertera ayat, 'Diana Danielle - peminat misteri.'

Surat yang diterima pada dua minggu lalu dipercayai dihantar oleh pengirim sendiri kerana tidak ada setem diletakkan pada sampul surat tersebut.

"Saya ketika itu tidak curiga apa-apa kerana memikirkan sama ada surat itu sebagai gurauan pihak tertentu yang mungkin tersalah alamat," kata gadis itu ketika ditemui di Balai Polis Wangsa Maju di sini malam kelmarin.

Namun, cerita mangsa, fikirannya mula terganggu selepas menerima bungkusan kedua yang turut disertakan dengan sehelai seluar dalam dan sepucuk nota bertulis ayat-ayat cinta juga ditujukan kepada Diana pada 21 Februari.

"Saya yang terkejut terus membuang seluar dalam yang dipercayai sudah dipakai tersebut ke dalam longkang tidak jauh dari rumah saya," kata gadis itu yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini kelmarin.

Terbaharu pada pukul 11.30 pagi kelmarin, gadis itu yang memeriksa peti surat di rumahnya terus dikejutkan dengan penerimaan satu lagi sampul surat dan sebuah bekas cermin mata dalam peti surat di rumahnya itu.

"Surat itu bertulis 'I Love You' dan ditujukan kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei manakala dalam bekas cermin mata itu pula mengandungi sebentuk cincin, gelang dan dua keping gambar dipercayai gambar seorang lelaki Melayu," kata gadis itu yang bertambah terganggu dengan kiriman itu.

24 February 2012

Samseng serang kedai nasi lemak

Gambar Hiasan
GEORGETOWN - Pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jalan Penang di sini, mendakwa kerugian lebih RM10,000 apabila peralatan restoran dirosakkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi tadi.

Pengurus Restoren Yasmeen, Abdul Latif Thulkarunai berkata, kejadian berlaku 6.30 pagi apabila premis itu didatangi dua lelaki tidak dikenali yang mahu berjumpa dengannya.

“Setelah pekerja saya memberitahu pengurus tiada dalam kedai, mereka marah dan terus memecahkan almari kaca dengan topi keledar tanpa sebarang sebab,” katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Latif yang mendakwa insiden itu bermotifkan iri hati juga berkata, menerima ugutan lisan daripada seorang lelaki dua minggu lepas yang mahu beliau menutup restorannya. - BERNAMA

Mahathir dedah pemerintahan UMNO/BN khianati Wang Rakyat

"Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa langkah kerajaan untuk menyelamatkan daripada MAS mengakibatkan kerugian dana awam, tetapi berhujah terdapat kes-kes yang lebih teruk daripada penyelamatan selepas dia berundur.Kerajaan kehilangan wang apabila membatalkan projek landasan berkembar elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar - kita kehilangan kira-kiraRM8 bilion, katanya.

Projek ini telah dibatalkan oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi. Pada tahun 2001, kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion untuk membeli balik saham MAS daripada Tajudin Ramli ketika itu pengerusi pada RM8 sesaham berbanding nilai pasaran RM3.68.

Soal Jawab
Kenapa kerajaan membayar lebih tinggi daripada nilai pasaran untuk membeli balik saham MAS?
Pembelian saham tidak semestinya mengikut nilai pasaran, kadang-kadang mereka mengikut faktor-faktor lain, tetapi itu adalah cadangan oleh Kementerian Kewangan.
Tetapi, bukankah ini satu kerugian bagi kerajaan?
Ya, saya anggap ia kerugian, tetapi kadang-kadang anda hilang, kadang-kadang anda boleh mendapat sesuatu.

Orang tidak akan kehilangan wang tanpa sebab tetapi pengambilalihan itu sangat mendesak kerana kita terpaksa memulihkan syarikat (MAS) tersebut.Tetapi wang tidak hilang tanpa sebab, apa yang menyebabkan kehilangan tersebut?
Atas perbelanjaan tabung kerajaan?
Kerajaan telah hilang wang dalam banyak keadaan yang lain, jumlahnya lebih daripada itu.

Mahathir menyifatkan ‘bail out’ sebagai satu langkah "perlu" untuk menyelamatkan syarikat penerbangan nasional itu.

Ditanya jika Mahathir melihat mana-mana persamaan antara isu ini dan Perbadanan fidlot Kebangsaan (NFC) yang telah dituduh salah urus pinjaman RM250 juta wang rakyat..., beliau tidak memberikan jawapan...

Mahathir Dan Umno- Kebenaran Novel Dato' Shahnon Ahmad - 'SHIT'
Sasterawan Negara,  Allahyarham Dato' Haji Shahnon Ahmad telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ P*k*Mak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi.
Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan UmnoBn, serta bekas Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad.  Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.
                                
Petikan Novel :
"Shit sebagai novelet di sini menyarankan dua makna.  Pertama Shit yang bermakna taik yang busuk lagi membusukkan yang berlambak dalam usus besar dalam perut untuk menunggu detik yang sesuai untuk diberakkan melalui lobang dubur sebagai benda bersisa yang tidak berguna lagi kepada tubuh. Dalam Shit lobang dubur diberi nama lobang keramat. Kedua Shit bermakna seruan cacimaki atau makihamun iaitu Shit! atau P*k*mak! atau PM..." 

Memang UmnoBn ini memang pengkhianat Rakyat, merompak wang hasil titik peluh Rakyat Malaysia dengan menggunakan sesuka hati dan sewenang-wenangnya.

Kelemahan pengurusan kewangan negara, akibat hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan membelakangkan Rakyat - itulah hakikat dan fakta bahawa Umno ini Pengkhianat dan Penipu Rakyat !
                                 
Inilah bukti UmnoBn selama ini memperbodohkan Rakyat dengan menipu untuk menaikkan imej mereka melalui propaganda media massa.

Marilah kita lakukan perubahan... Demi Rakyat !

23 February 2012

Helikopter tentera Amerika hancur bertembung semasa latihan

Dua helikopter Marin Amerika bertembung di Komplek Latihan Yuma pada hari Rabu, menyebabkan tujuh kematian anggota Marin. Kecelakaan ini merupakan yang terburuk dalam beberapa tahun terakhir.

Dua helikopter yang bertembung berjenis AH-1W dan UH-1Y, atau jenis Cobra dan Huey. Kedua-duanya sedang digunakan dalam latihan rutin pada sekitar pukul 8 malam. Insiden ini terjadi di daerah terpencil komplek Yuma. Kompleks tersebut merupakan wilayah udara dan tanah di barat daya Arizona dan tenggara California, termasuk pergunungan Chocolate yang biasa digunakan untuk uji cuba bom. 

Laporan dari Associated Press menyebutkan, kedua-dua helikopter itu jatuh di pergunungan Chocolate.

Tentera Afghanistan Balas Bunuh 2 Tentera Amerika


Jika di wilayah Laghman kemarin tentera Amerika menembak mati tentera Afghanistan. Maka tindakan itu dibalas tentera Afghanistan lain yang juga menembak mati dua tentera Amerika di Afghanistan timur.

Seorang tentera Afghanistan menewaskan dua tentera Amerika di pangkalan AS di Afghanistan Timur, setelah terjadi protes besar kerana pembakaran Al-Quran. Sementara Presiden Barack Obama menghantar surat permintaan maaf kepada presiden Afghanistan, Hamid Karzai atas insiden pembakaran al-Quran di Pangkalan Udara Bagram milik AS.

Pejabat berita Reuters mengutip Karzai menyatakan, bahawa Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (NATO) akan bertindak adil dan tidak memihak mana-mana dalam masalah pembakaran al-Quran di Bagram dekat ibukota Afghanistan, Kabul.

Di lain pihak, Taliban pada hari Khamis juga menyeru kepada pasukan keselamatan di Afghanistan untuk mengangkat senjata mereka terhadap orang asing, mereka menambah bahawa semua pemuda harus segera memenuhi panggilan agama untuk angkat senjata mereka ke "penjajah kafir."

Pasukan antarabangsa mengumumkan untuk membantu menjaga keselamatan di Afghanistan (ISAF), yang dua anggotanya ditembak mati oleh seseorang berpakaian seperti tentera Afghanistan.

Dia mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa seseorang dengan berpakaian Tentera Nasional Afghanistan melepaskan tembakan ke arah pasukan ISAF di Afghanistan timur, yang menewaskan dua orang dan mencederakan enam orang lain.

Sementara agensi berita Reuters melaporkan pegawai AS yang tidak disebutkan namanya bahawa dua tentera asing tewas oleh seorang lelaki berpakaian seperti tentera Afghanistan.

Pembakaran Quran telah menyebabkan terjadinya protes kekerasan terhadap AS dan pasukan NATO.

Terus menerus protes
Demonstrasi terus berlangsung sampai hari ketiga secara berturut-turut di pelbagai bahagian Afghanistan sebagai protes atas gangguan yang dilakukan tentera NATO ISAF terhadap al-Quran, sementara polis berusaha membubarkan demonstrasi dengan menggunakan meriam air, kayu dan tembakan ke udara.

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di wilayah Bagram dan menuju ke ibu negara, dan terjadi bentrok dengan polis yang cuba menghentikan mereka dari memasuki Kartay Naw di Kabul, tentera Keselamatan menembak senjata ke udara untuk membubarkan demonstran yang marah.

Kekerasan kerana protes semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang dan mencederakan lebih dari 24 lainnya, demikian seperti dilaporkan oleh Al-Jazeera.

Kena ambil tahu apa sebenarnya SBPA

Skim ini sebenarnya ialah satu
SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
yang dibuat dengan desakan
BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT

Ini amat penting difahami didalam inti pati Buku Jingga Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 komitmen di beri Kerajaan Pakatan Rakyat akan memperbahrui skim gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam.


 Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada dengan Kommitment. menyelaraskan tangga gaj perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Ekoran dari itu Ajib Gor menurut kata Pegawai Pegawai yang skim Gaji dari 54 ke Bawah mengarah KSN mengadakan satu SKIM baru bagi menentukan skim beliau disenangi dan akan mendapt pujiaan dari semua pihak bagi membolehkan PRU 13 mendapat sokongan kakitangan Awam . Antara isi penting dan tersirat Skim ini juga merupakan serampang 2 mata jika kecundang nya BN pada PRU 13
- Semua ketua Jabatan di Beri pencen penuh dan dilantik semula secara Kontrak 5 tahun sebelum PRU 13 dengan itu Take Home pay KSU menjangkau sehingga Puluhan Ribu .dan Jawatan dapat dikekalkan dan Kerajaan baru akan digagalkan pentadbirannya
Pada peringkat awalnya di kahbar angin 6 KSU tidak dilantik semula kononnya KSU Kem belia & Sukan sehingga menanggis merayu meminta dilantik semula betul ke tidak tak penting tapi yang penting skim ini digubal bagi melindungi kedudukan Pegawai Pegawai atasan JUSA yang pro BN bukan asas SYMP

Cuepecs memang tidak diambil kira padangan nya dari awal lagi , Tawaran ini diberikan kepada Pegawai atasan secara rasmi dengan Envelop berlakri Rahsia /Sulit . BAHALOL nya yang akan buat penyelarasan Gaji ialah Kerani buat Akaun dan bayaran Pen Akautan . Jadi Rahsia / Sulit jadi tarak apa apa Tapi jika maklumat diberi pada Pakatan Rakyat tindakan boleh di ambil dibawah OSA
Entah macammana kakitangan awam keseluruhannya tak dapat menerima skim ini jika tak ubah lingkup habis BN ingat kalau kalah 50 50 boleh tipu lagi tapi kalau kalah teruk hancur apa pun tak boleh buat . Macam main bola kalau agak agak seri referee boleh kasi penalty agen bincang dulu kat luar lepas tu kasi bahsa isyarat , tapi kalau dah kalah 7-0 nak bagi penalty apa .
Jadi sebenar tindakan KSN dan KPPA adalah atas arahan FLIP FLOP siapa kalau betul KSN buat Salah ambil tindakan boleh ke tak boleh
Jawapnya Tak boleh buat ape ape Cuma lantik lah Datuk Sam ubah balik
Skim ini sebenarnya sudah diluluskan masakan Januari telah dibayar mengikut skim ini bagi beberapa kementerian maknnya PM dah lulus tapi oleh kerana Laporan menunjukan skim ini membawa padah dan tekanan kiri kanan jadi tiba tiba hold dan kaji semula = PRU 13 dijadualkan bulan Mac pun nampak nya kena tangguh
Tapi waspada baru baru ini ada surat keluar memberi akuan yang skim diubah semula akan menjamin baik bagi semua orang jadi kalau kakitangan Awam termakan janji ini PRU 13 bulan Mac boleh on . sharizat pun dah cool down lembu sakit gigi
Cerita sampingan lain
Ini Cerita mulut betul tak betul ?????
Dengar nya dilobi menunggu PM Ketua Cuepecs D.O bertebung dengan KSN D.S.
Kata DS kepada DO " Kau lembu "
DO Jawab " kalau aku lembu engkau Bapa Lembu "
Tak apalah tu, Apa yang penting skim ini tak diterima dan undi kakitangan Awam hancur . PM panik terpaksa tangguh kalau diteruskan hancur

Ini feed back dalam 2 minggu sahaja jadi apa dah jadi ni buat itu Flop ubah buat ini Flop ubah Sejauh mana kematangan dan kebijaksanaan kepimpinan sedia Tepuk dada tanya selera Ini belum cerita program program lain

Jabatan Perpaduan macama mana tak releven ke PRU 13 ni

Anak saudara Wook Kondor curi tanah


wook
KUALA BERANG – Seorang warga emas yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia kerana berkahwin dengan seorang lelaki lebih muda tiga kali ganda daripada usianya daripadanya dilaporkan tertipu dengan helah anak saudaranya sendiri.

Warga emas, Wook Kondor, 109, yang lebih dikenal sebagai Wook dikatakan tidak tahan dengan perangai anak saudaranya, Din kerana memperdayakannya sehingga tanah miliknya tergadai sedangkan satu sen pun wang penjualan tanah tidak diperolehnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, warga emas dari Kampung Bukit Tok Bat didatangi anak saudaranya pada 2004 untuk meminta geran tanah miliknya.

“Menurut laporan, suspek meminta geran berkenaan kononnya untuk disimpan tetapi kepercayaan yang diberikan Wook bertukar tragedi apabila tiga tahun kemudian, Din kembali berjumpanya dan mengajak ke suatu lokasi untuk mendapatkan cap jarinya.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa menurunkan cap jari di atas kertas yang dia sendiri tidak memahaminya,” katanya.

Namun pada Disember 2011, seorang lelaki datang ke rumahnya di kampung berkenaan dan menyuruhnya berpindah serta-merta kerana menurut lelaki itu, tanah yang diduduki sudah dijual dan bukan lagi miliknya.

Sekian lama memikirkan kesulitan yang terpaksa dilalui, akhirnya Wook datang ke Balai Polis Kuala berang semalam kira-kira jam 9 pagi untuk melaporkan perkara berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Wook membuat laporan itu dengan ditemani suaminya, Mohd Nor Musa, 39.

Dendam adik tiri hentak kepala dengan ulu lesung batu


parah
KOTA BHARU - Angkara dendam lama, seorang duda cedera parah dipercayai dihentak dengan ulu lesung batu bertubi-tubi oleh adik tirinya dalam kejadian di rumahnya di Kampung Bagus, Rantau Panjang, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa Mukhtar Alwi Che Ismail, 43, cedera parah di kepala dan muka serta menerima 23 jahitan di kepala kanan akibat hentakan tersebut.

Mukhtar yang tidak bekerja itu menerima rawatan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan kini masih dalam keadaan separuh sedar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di dalam bilik air di rumahnya untuk mengambil wuduk sebelum didatangi adik tirinya yang dipercayai kurang siuman.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihentak bertubi-tubi dengan ulu lesung batu sebelum pengsan dalam keadaan berlumuran darah.

“Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan suspek yang juga bekas anggota polis komando 69 untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata merbahaya.

Sementara itu, adik mangsa, Nafsiah, 39, berkata, sebelum kejadian adik tirinya yang berusia 20-an itu datang ke rumah mangsa dan bertindak memukul abang kandungnya sehingga berlumuran darah.

Katanya, kejadian itu diketahui selepas ibunya, Asmah Abdullah, 60, menghubunginya setelah terkejut apabila mendengar jeritan Mukhtar meminta tolong.

“Sebaik selesai menunaikan solat Mahgrib, emak yang tinggal di rumah bersebelahan bergegas untuk melihat kejadian sebenar dan terkejut apabila mendapati abang berlumuran darah sambil mengerang kesakitan,” katanya ketika ditemui di HRPZ II semalam.

Nafsiah berkata, kejadian berkenaan kemungkinan berpunca perselisihan faham yang lama antara kedua-duanya yang sebelum ini pernah bergaduh.

Dia berkata, berikutan kecederaan yang dialaminya itu abangnya menerima beberapa jahitan di kepala dan mulut.