25 January 2012

Warga AS seludup dadah ditahan

KATHMANDU: Polis negara ini menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang terbabit dalam rangkaian penyeludupan dadah ke AS dengan menyembunyikannya dalam roda sembahyang Buddha serta mangkuk besi dan menghantarnya melalui kiriman serahan segera Federal Express.

Pegawai polis narkotik, Navraj Silwal, berkata, Kristian Peter Stiegler, 45, ditahan ketika cuba menghantar 1.14 kilogram hashish dan 900 gram candu. Sekiranya ujian membuktikan bahan itu adalah candu, Stiegler mungkin menghadapi hukuman 20 tahun penjara.

Stiegler yang tinggal di Nepal dan India sejak tiga tahun lalu disyaki telah menghantar beberapa kiriman dadah. - AP

0 comments:

Post a Comment