28 January 2012

Van der Vaart julang Spurs

LONDON: Harry Redknapp berada di bangku pemain simpanan Tottenham ketika pasukan Liga Perdana Inggeris itu mengatasi Watford 1-0 untuk layak ke pusingan kelima Piala FA, awal pagi semalam.

Pemain tengah Spurs, Rafael van der Vaart menjaringkan gol tunggal di Vicarage Road ketika Redknapp mampu tersenyum selepas minggu yang menyaksikannya berada di kandang tertuduh di mahkamah London kerana didakwa mengelak membayar cukai.

Spurs, kecundang 2-3 di tangan Manchester City pada perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana, membayangkan mereka serius untuk menjulang Piala FA selepas membariskan skuad terkuat bagi perlawanan pusingan keempat itu.

Namun Redknapp mengaku Spurs agak bernasib baik untuk mara selepas persembahan hambar yang menyaksikan pasukannya didominasi lawan dalam tempoh yang lama.

“Mereka berkata lebih baik bernasib baik daripada bertindak bagus. Dan malam ini kami bernasib baik. Kami tidak bagus,” kata Redknapp.

“Kami tidak beraksi bagus malam ini, persembahan kami mengecewakan. Sukar untuk dipercayai. Tapi pujian buat Watford, mereka fantastik. Kami bergantung kepada nasib dan kami berjaya melepasinya.” - AFP

0 comments:

Post a Comment