25 January 2012

Umno Kelantan arah kesan 100,000 pengundi luar

BACHOK - Kesemua 14 bahagian Umno di Kelantan diarah mengenal pasti lebih 100,000 pengundi yang berada di luar negeri itu pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, mereka merupakan kira-kira 15 peratus pengundi yang berdaftar di Kelantan yang mempunyai kuasa penentu kemenangan sesebuah parti.

“Mereka berada di beberapa buah negeri termasuk, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Trengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek, yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata, usaha setiap bahagian mengenal pasti pengundi luar itu akan dipantau oleh Biro Pengundi Luar yang dipengerusi Ketua Umno Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. - Bernama

0 comments:

Post a Comment